Datuk Ziela Jalil Terima Menantu

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan juga penerbit, Datuk Ziela Jalil yang baru sahaja menerima menantu selepas anak sulungnya, Dr Puteri Julia Nabilah selamat diijabkabulkan pada Ahad.

Puteri Julia disatukan sebagai sebagai pasangan suami isteri dengan lelaki pilihannya, Dr Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi, selepas mengikat tali pertunangan pada 12 Mei lalu.

Momen ini tentunya sesuatu yang cukup bermakna buat Ziela yang sebelum ini membesarkan anak-anaknya sendirian selepas kematian arwah suami, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Ziela menerusi laman Instagramnya berkongsi saat-saat manis majlis perkahwinan anak perempuannya itu dari majlis khatam al-Quran, berinai dan ijab kabul.

Selain keluarga dan saudara mara, rakan-rakan selebriti yang merupakan teman baik Zile juga dilihat turut hadir meraikan majlis.

Antaranya ialah Liza Abdullah, Datuk Shah Rezza, Nina Juren, Umie Aida, Azrinaz Mazhar Hakim dan lain-lain. -sinar online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon