4 Bulan Alami Sindrom Autisme - Sweet Qismina

GARA-GARA melakokan watak kanak-kanak sindrom autisme, pelakon Sweet Qismina, berkata, kesannya terbawa-bawa meski sudah tamat penggambaran.

"Lakonan saya pada kali ini sangat lain sebab saya bawa watak kanak-kanak yang ada penyakit sindrom autisme.

"Hampir empat bulan jugalah saya bawa watak tu sampaikan saya rasa bila kat luar set, dah macam autisme betul," ujarnya.

Jelas Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina, 21, mengenai watak terbaharunya menerusi drama 100 episod arahan Feroz Kader yang bersiaran di Astro Prima 105.

Bercakap tentang itu, selain membuat kajian Sweet juga ada mengikuti perkembangan anak pelakon terkenal Zarina Zainuddin yang mempunyai anak autisme.

"Saya ada juga buat beberapa kajian menerusi bahan research di Internet. Malah saya juga memerhatikan karakter anak kepada pelakon Zarina.

"Dalam pada itu, saya juga ada bertanya dengan pengarah, watak autisme bagaimanakah yang dia mahu saya lakonkan.

"Setakat ini saya faham autisme ada pelbagai jenis. Dalam drama ini saya akan cuba bawa watak autisme, kecacatan dari segi tingkahlaku yang tidak menggambarkan usia," jelasnya. -sinar online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon