PELAKON Reen Rahim menutup ruangan komen di beberapa foto ketika bercuti di Santorini, Greece selepas mendapat kecaman netizen.
Foto-foto percutian itu mendapat perhatian netizen yang menganggap pemakaiannya terlalu seksi berbanding ketika berada dalam negara.
Pelakon drama Terlanjur Mencintaimu bertindak sedemikian bagi mengelakkan perbalahan dalam kalangan peminatnya.
Terdapat juga lelaki miang memberikan komen-komen lucah pada foto berkenaan.
Reen tutup ruangan komen elak perbalahan.
Selain itu ada juga segelintir penonton drama islamik Geng Tadarus yang disiarkan Ramadan lalu di TV2 juga meninggalkan komen kecewa dengan penampilan wanita itu ketika bercuti di luar negara.
Bagaimanapun, komen-komen negatif tersebut tidak menjejaskan percutian Reen yang tetap memuat naik foto-foto keindahan beberapa negara yang dilawatinya.
Pelakon ini bercuti ke negara-negara Eropah sejak empat hari lalu iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. -mstar
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon