'Tipulah Kalau Tak Ada Orang Nak Melamar, Merisik Saya' - Joy Revfa

USAHAWAN kosmetik yang juga bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa berkata dia sudah beberapa kali menerima lamaran dan pernah dirisik beberapa lelaki.

Namun Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkata dia mahu meberi fokus sepenuhnya kepada anak dan kerjaya terlebih dahulu.

“Tipu sangat jika saya katakan tiada cubaan melamar, malah ada yang sudah cuba merisik kepada ibu saya sendiri.

“Namun tidak pasti apa niat sebenar mereka. Buat masa ini saya hanya mahu memberi fokus kepada anak dan kerjaya dulu,” katanya. -mStar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon