'Hantu Kak Limah' Akhirnya Naik Pelamin

Sekian lama hidup berseorangan, pelakon komedi Delimawati yang cukup popular menerusi karakter Hantu Kak Limah akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, Khuda atau Mr. K.

Pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis berkonsep tradisional negeri Perak dan penuh meriah yang diadakan di Art Hall, Pusat Perlancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur pada hari ini.

Aturcara majlis disempurnakan dengan adat merenjis tepung tawar. Kemudian diteruskan dengan sesi memotong kek.

Sehari sebelum majlis persandingan ini telah berlangsungnya upacara berinai yang bertemakan ala Bollywood. Selepas itu, pasangan berkenaan diijabkabulkan.

Bagaimanapun, kesemua majlis tersebut sebenarnya adalah gimik pelancaran bagi filem terbaru arahan pengarah terkenal Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah yang bakal ditayangkan pada 9 Ogos 2018.

Masih mengekalkan genre komedi seram ini, selain Delimawati, filem ini juga mengekalkan penampilan tunggak utama iaitu Datuk Awie sebagai Husin.

Manakala barisan pelakon lain yang sama-sama membintangi naskah ini dibarisi Zul Ariffin, Ropie, Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May, Allahyarham Rab Khalid, pekin Ibrahim, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz, Sabri Yunus dan ramai lagi.

Istimewanya, turut ditampilkan cameo dari figura popular tanah air, Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Sebelum ini, Mamat Khalid tidak asing lagi dengan naskah trilogi Kampung Pisang iaitu filem Zombie Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin Mon Jin Pakai Toncit (2013.

Menariknya, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pernah mencatat kejayaan besar dengan kutipan RM8 juta. -mD

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon