Janet Jackson Risau Keselamatan Anak

BINTANG pop, Janet Jackson dikatakan membuat laporan polis terhadap bekas suaminya, Wissam Al Manna berhubung keselamatan anak tunggal mereka, Eissa Al Mana.

Menurut laporan E! News, Janet mengakui terdapat perkara mencurigakan berlaku terhadap anaknya dan mungkin didera oleh bapanya.

"Polis telah menyerbu rumah Wissam setelah dia membuat laporan polis daripada Janet mengenai keselamatan anak mereka.

"Janet membuat laporan polis selepas menerima aduan daripada pengasuh anaknya yang curiga dengan sikap Wissam yang menakutkan ketika tiba gilirannya menjaga anak mereka.

"Selepas pemeriksaan dilakukan pihak polis mendapati tiada sebarang perkara mencurigakan berlaku terhadap anak mereka termasuk tanda-tanda kemungkinan didera oleh bapanya itu," kata sumber.

Janet dan Wissam berkahwin pada tahun 2012 dan berpisah pada April 2017. -sinar online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon