'Selama Ini Saya Buat Anda Semua Ketawa, Tapi Anda Semua Buat Saya Menangis' - Saiful Apek

Bila dah bergelar anak seni ini, kadang-kadang haruslah mengadap kata-kata orang.

Tambahan dengan adanya media sosial, netizen mudah sahaja ‘berkata-kata’ tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Terbaru, pelakon, pelawak dan penyanyi, Saiful Apek berkongsi luahan menerusi instagramnya.

“Selama ni sy buat anda semua ketawa, tapi anda semua asyik buat sy menangis. Kalau boleh buat masa ni, cukup-cukup dulu sebab tak terangkat dek bahu ni nak pikul.

“Terlalu berat, kalau boleh, bagi ’emoji’ je. Namun sy tetap hargai anda semua. Syukur ﺍَﻟﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠﻪ

“Anda semua lebih hebat kerana membuatkan saya nampak hebat. Maha Hebat nya Pencipta kita!

“All of you are greater than me, by making me look great. our Creator is the greatest!” ﺍَﻟﻠّﻪُ ﺍَﻛْﺒَﺮُ (petikan DM dari @uchu_mai ),” kongsinya.

Rupanya Apek berkongsi mengenai peminat yang memberikan kata-kata semangat terhadapnya.

Susulan itu, ramai peminat mula membanjiri ruangan komen Apek memberikan penghormatan dan penghargaan terhadapnya.

Sememangnya Apek dikenali sebagai ‘legend’ dalam industri lawak negara. -mediahiburan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon