Diugut Dan Ditipu, Zila Seeron Buat Laporan Polis

SETELAH lama berdiam diri akhirnya penyanyi Zila Seeron tampil membuat penjelasan atas dakwaan terlibat dengan kes penipuan pakej percutian di sebuah hotel mewah di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Jelas figura berusia 29 tahun ini di Instagramnya, dia hanya membuat promosi pakej itu melalui laman Instagramnya selepas menerima bayaran untuk membuat ulasan mengenai produk berkenaan.

Zila turut memuat naik dua salinan laporan polis yang dibuat pada 15 April dan 21 Mei lalu di Balai Polis Petaling Jaya.

Dalam laporan berkenaan, Zila menjelaskan, dia hanya sebagai orang tengah dan tidak mengetahui berlaku penipuan dalam urusan perniagaan tersebut.

"Assalamualaikum, dengan rasa rendah hati dan memohon maaf. Saya ingin membuat sedikit pencerahan berhubung kes penipuan pembelian voucher percutian yang membabitkan nama baik saya.

"Saya cuma mendapat upah untuk membuat iklan mengenai voucher tersebut dan dijanjikan komisyen setiap pembelian voucher tersebut dari seorang kenalan bernama Nadzreen.

"Maafkan sekiranya ada sebarang salah faham yang berlaku tujuan memuat naik status ini adalah untuk membersihkan nama baik saya," katanya.

Lebih teruk lagi, dia juga menerima ugutan daripada individu tidak dikenali yang mengancam keselamatan diri dan keluarganya jika tidak membayar wang berjumlah RM5,380.

Tambahnya, dia sudah cuba menghubungi wanita yang bertanggungjawab terhadap kes berkenaan, namun tidak berjaya. -sinar online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon