Armin Setuju Cerai Ziana Zain Namun Gagal Hadir Mahkamah

Suami penyanyi popular, Ziana Zain, Armin Zaharin bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka secara baik.

Perkara itu didedahkan di dalam Laporan Jawatankuasa Pendamai yang dibacakan oleh Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar hari ini.

Bagaimanapun Armin selaku defendan dan wakilnya tidak hadir bagi menyatakan pendiriannya sekali lagi di dalam mahkamah.

Laporan itu turut menyatakan wujudnya syiqa' (perbalahan) dalam rumahtangga mereka.

"Oleh kerana pihak-pihak tidak tinggal lagi bersama sejak Februari lalu, mahkamah percaya tanggungjawab suami isteri tidak dapat dilaksanakan.

"Oleh itu, mahkamah sabitkan syiqa berlaku dalam perkahwinan," katanya.

Justeru, mahkamah menetapkan 12 Julai untuk perlantikan hakam bagi kedua-dua pihak.

Armin turut diberi notis kehadiran agar hadir pada tarikh itu.

Pada prosiding itu, Ziana diwakili peguam syarie, Yusfa Hanis Yusoff. -astroawani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon