Taylor Swift Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Nicki Minaj

Kontroversi yang melanda dua artis ternama di Hollywood baru-baru ini nampak gayanya sudah berada di penghujung.


Perang di laman makro twitter antara Nicki Minaj dan Taylor Swift tercetus selepas nama pencalonan untuk anugerah video muzik (VMA) 2015 diumumkan yang melihatkan masing-masing berebut mahu merangkul anugerah video terbaik tahun ini.

Tambahan pula api pertelingkahan antara mereka itu disemarakkan lagi dengan beberapa artis lain seperti Katy Perry dan Ed Sheeran yang mempertahankan rakan masing-masing.

Namun, Taylor Swift tampilkan sisi matangnya dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut dengan memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi rap itu di twitter miliknya.


Penyanyi berusia 25 tahun itu mengaku dia tersalah faham dengan tweet yang dikeluarkan Nicki baru-baru ini yang mencetuskan pelbagai persepsi.

Nicki yang juga dilihat matang membuat keputusan telah menerima maaf yang dibuat oleh Taylor serta memberikan ‘ciuman’ kepada Katy Perry yang mempertahankan dirinya dan mendakwa Taylor sebagai hipokrit. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon