Imej Melly Goeslow Sekali Lagi Dikritik

Penyanyi popular dari Indonesia Melly Goeslow sekali lagi menjadi bualan ramai apabila imejnya sekali lagi dikritik apabila dikatakan mengenakan hiasan keterlaluan di kepala.


Dipetik dari SH, Melly bagaimanapun enggan mengambil pusing mengenai isu tersebut kerana tetap dengan pendiriannya.

"Orang mengatakan yang di kepala saya ini adalah hijab. Tapi bagi saya, ianya hiasan kepala sahaja.

"Sejujurnya saya masih berusaha mendalami lagi ajaran agama Islam dan tidak mahu dilabel sebagai pemakai hijab.

"Jika wanita berhijab adalah wanita yang paling dianggap betul dalam banyak hal, maka itu masih jauh dari diri saya. Saya hanyalah manusia yang masih harus belajar dalam banyak hal."

Dalam pada itu, Melly berkata Ramadhan tahun ini baginya sunyi kerana ketiadaan ibu tercinta yang meninggal dunia Januari lalu.

"Dapat saya rasakan kesedihan bila tiba Aidilfitri nanti. Biasanya kami berdua akan solat raya bersama." -Tupai

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon