Tasha Shilla Bangga Tayang Perut Teruk Dicemuh Netizen

Kalau sebelum ini, ramai selebriti muda dikecam teruk oleh peminat dan pengguna laman siber kerana penampilan seksi dan terlalu mendedahkan aurat, kini, senarai tersebut terus bertambah.

Tasha Shilla

Siapa tak ingat kontroversi yang pernah melanda Nabila Huda, Syarifah Sakinah, Meera Liyana, Zarina An Joulie, Lana Nordin dan yang terbaru Diana Danielle (hanya menyebut beberapa nama).

Kesilapan sama terus berulang apabila aktres sensasi, Tasha Shilla dengan beraninya memakai pakaian seksi, persis selebriti Hollywood.

Melalui ruang Instagramnya, Tasha telah memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya dalam satu persalinan yang menayangkan perut sendiri ketika menghadiri satu majlis.

Ya, tak dapat dinafikan, perut Tasha memang fit dan cantik, tapi rasanya tak perlulah mendedahkannya kepada umum.

Tasha Shilla [2]

Tak lama selepas entri tersebut dinaikkan di Instagram, khalayak Malaysia yang dimonopoli masyarakat Melayu terus menghentam Tasha dan beberapa jam selepas itu, Tasha dilihat mengambil keputusan memadam gambar-gambar tersebut.

Kalau ramai yang perasan, sejak akhir-akhir ini, pelakon drama bersiri Sahara itu dilihat berani tampil seksi.

Minggu lalu, Tasha yang menghadiri satu pertunjukkan fesyen telah mendedahkan kakinya hingga ke paras paha.

Adakah ini ada kena mengena dengan gosip putus cintanya bersama peninju muay thai, Hans Wong? Hmm…

Sumber: Mynewshub.cc

Abby Abadi Nafi Sudah Bernikah Buat Kali Ketiga

Selebriti Abby Abadi menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kini sudah selamat bergelar isteri buat kali ketiga.

Abby Abadi

Dia dikatakan sudah bernikah dengan ustaz yang mengajar anak-anaknya mengaji iaitu Ustaz Khairul Azli.

Perkara ini tercetus selepas pertanyaan seorang pengikutnya di laman Instagram yang bertanyakan mengenai kesahihan berita mereka sudah bernikah, baru-baru ini yang kemudian disahkan betul sudah bernikah oleh individu yang menggunakan akaun nama @dijayamin.

Menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut, Abby memuat naik satu kenyataan yang memberikan jawapan kepada pertanyaan orang ramai mengenai statusnya kini.

“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi. Ada ingat/sebut tentang Allah tak hari ni? Alhamdulilah bersyukur Allah panjangkan lagi umur kita yang penuh dosa ini kan. Jadi gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk lakukan ‘apa sahaja’ kerana Dia k.

“Pagi ni.. pening nak jawab mesej tahniah kata dah nikah. Adeh.. Senang gila percaya gosip. Tiada la.. Sekali lagi saya ulang buat masa ini TIADA. Bila saya jawab tak dalam mesej pagi ni, ada yang kata nak rahsia la tu. Aduhai.. Rahsiakan untuk apa? Dah memang takde. Blum sampai jodoh lagi sebab.. Ntahlah.. Panjang nak citer.. hehe,” luahnya dalam Instagram.

Dah terjawablah status sebenar Abby kan..

Kalau lepas ni Abby jadi kahwin lagi, diharapkan janganlah sembunyi-sembunyi k..

Kang tak pasal-pasal banyak lagi spekulasi yang kurang enak timbul..

Sumber: Mynewshub.cc

Emma Maembong Akui Masih ‘Stalk’ Instagram Zizan

Tampil kepada media buat pertama kalinya selepas pendedahan status hubungan cintanya dengan Zizan putus, Emma Maembong akui sentiasa berhubung dengan bekas kekasihnya itu meskipun mereka sudah tiada lagi pertalian cinta.

Emma Maembong

Emma yang enggan mengulas lanjut punca perpisahan dengan pelawak terkenal itu berkata, dia memilih untuk menyerahkan segalanya kepada jodoh.

“Saya tak akan cerita details apa yang terjadi. Saya pun ada privasi sendiri cuma saya perlu beritahu yang kami sudah tiada apa-apa.

“Kami tak bermusuh.. saya tidak pernah cakap sama ada hendak kembali atau tidak dengan dia. Semua ini bergantung pada soal jodoh namun buat masa ini saya tidak menaruh sebarang harapan padanya,” ujar Emma.

Pada masa sama, pelakon filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh ini turut memberitahu mereka kini hanya menjadi kawan baik dan dia akan sentiasa menyokong kerjaya Zizan.

“Orang luar yang membuat andaian bahawa saya berada di samping Zizan ketika dia senang sahaja, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya ada untuk menyokongnya ketika Maharaja Lawak Mega, Akademi Fantasia, kes mahkamah serta banyak lagi. Saya sentiasa ada untuk dia,” katanya.

Emma yang ditemui pada majlis promosi drama terbaharu lakonannya Isteri Separuh Masa di The Strand, Damansara malam tadi turut bercerita, dia kini menjalani hidup seperti biasa dan hanya ingin menumpukan perhatian terhadap kerjaya.

Ditanya sama ada masih menyimpan perasaan cinta terhadap Zizan, Emma sempat berkias seolah-olah jauh di sudut hatinya dia masih menyimpan perasaan.

“Kami dah bersama dua tahun… dah kenal keluarga masing-masing dan sudah plan ke peringkat seterusnya. Nak ke putus macam tu?

“Tipulah kalau saya tak ‘skodeng’ Instagram dia.. ada jodoh adalah…” bicara Emma sebelum mengakhiri temu bual.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Abby Abadi Bernikah Dengan Ustaz!

Antara khabar paling hangat diperkatakan kini adalah bekas penyanyi kumpulan Elite dan pelakon Gerak Khas, Abby Abadi dipercayai sudah mendirikan rumah tangga selepas bercerai dengan Muhammad Nor Farhan Che Bakar pada 9 Mei tahun lalu.

Abby Abadi Bernikah Dengan Ustaz

Sebelum bersama Farhan, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim sebelum berpisah pada Disember 2008.

Khabarnya pilihan hati Abby kali ini tak lain tak bukan, seorang ustaz yang pernah digambarkan Abby rapat dengan keluarganya sejak sekian lama sebagai guru mengaji anak-anaknya, dikenali sebagai Ustaz Khairul Azli.

Abby sebelum ini sememangnya pernah memberi ‘hint’ seolah-olah akan berkahwin di laman Instagram namun apabila ditanya peminat dia tidak pernah mengiyakannya secara jelas.

Tup-tup menerusi posting Instagram Ustaz Khairul Azli sendiri, ia seakan-akan mengesahkan mereka kini sudah pun bergelar suami isteri beberapa hari lalu.

Menerusi status akaun Instagram yang kini tersebar, rasanya agak mustahil jika seorang ‘ustaz’ mengeluarkan kata-kata di bawah jika bukan ditujukan kepada isterinya bukan?

Cuma yang kurang difahami, mengapa agaknya perkara ini disorokkan daripada pengetahuan umum?

Bukannya apa, jika perkara baik begini tidak dikongsikan dibimbangi boleh pula tercetus fitnah.

Apa pun, selamat pengantin baru buat Abby dan suami jika benar sudah mendirikan rumah tangga.

Semoga pilihan hati Abby kali ini benar-benar tepat, serasi dan membawa kebahagiaan serta ketenangan buatnya hingga ke akhir hayat.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Hans Isaac dan AC Mizal Tamatkan Sengketa 8 Tahun!

KUALA LUMPUR – Pementasan teater Baik Punya Cilok yang bakal dipentaskan di pentas berprestij Istana Budaya bulan hadapan menjadi penamat kepada perselisihan faham bertahun lamanya yang melanda dua teraju utamanya iaitu Hans Isaac dan Datuk AC Mizal.

Hans Isaac dan AC Mizal

Selepas lapan tahun tidak berjumpa dan berkomunikasi di antara satu sama lain, akhirnya mereka sudah berbaik dan melupakan sebarang persengketaan yang pernah terjadi sebelum ini.

Menurut AC, kematangan seiring usia membuatkan mereka kini bersedia untuk menjalinkan semula persahabatan yang pernah terputus itu.

“Pada mulanya saya terfikir sama ada Hans sudi untuk berbaik semula selepas apa yang berlaku.

“Namun saya bersyukur dia sendiri mempunyai rasa yang sama. Saya tak sangka dia dengan rendah diri meminta maaf dan kami berbaik semula,” katanya ketika ditemui pada sidang media pementasan teater Baik Punya Cilok di Istana Budaya, di sini hari ini.

Sementara itu, Hans menyatakan dia sangat merindui momen-momen ketika mereka berempat saling bekerjasama dan persengketaan yang berakhir itu merupakan perkara yang sangat-sangat dihargainya.

“Saya sudah mula berpegang pada prinsip tidak mahu bermusuh dengan sesiapa tak kiralah sama ada orang itu suka atau tidak pada saya.

“Saya pun rindukan momen-momen kami berempat bersama kembali macam dulu,” kata Hans yang turut terlibat sebagai pengarah untuk pementasan Lawak Ke Der 2015 yang mula dipentaskan pada 16 April depan.

Bulan April yang juga dikenali sebagai Bulan Lawak di Istana Budaya turut menyaksikan Baik Punya Cilok bakal dipentaskan bermula 25 April hingga 1 Mei ini.

Selepas 10 tahun filem itu ditayangkan, kini mereka berempat, Awie, Afdlin Shauki, Hans Isaac dan AC Mizal bersatu kembali dalam teater yang bakal menjanjikan satu kelainan buat penonton yang hadir kelak.

Teater berkenaan yang akan diarahkan Afdlin Shauki bakal menyelitkan segmen muzikal selain elemen komedi. Jalan cerita yang terdapat dalam filem turut dikekalkan dalam produksi teater berskala besar ini.

Baik Punya Cilok mengisahkan empat sahabat, Aben (Afdlin), Bob (Awie), Jerry (Hans) dan Wak (AC) yang berpakat untuk merompak seorang tauke kedai pajak, Tauke Wong bagi mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang telah dipajakkan ketika Wak mahu mengahwini Nazatul.

Tiket-tiket berharga RM55, RM85, RM110, RM140, RM160 dan RM190 boleh didapati menerusi www.ticket2u.biz atau boleh hubungi box office Istana Budaya di talian 03-42532241.

Sumber: Mynewshub.cc


Rozita Che Wan Kini Sudah Berhijab

Pasangan selebriti paling popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan telah selamat pulang daripada mengerjakan umrah hari ini.

Rozita Che Wan Berhijab

Apa yang membuatkan kami terkejut campur gembira, Rozita atau senang disapa Che Ta kini tampil dengan imej berhijab.

Perkara ini disahkan sendiri pengurus Che Ta, Afeeq menerusi portal Astro Gempak. Katanya, Che Ta akan kekal dengan imej bertudung.

“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” kata Afeeq.

Sekadar imbasan, pengacara Primadona ini juga dilihat sudah mengenakan tudung litup pada majlis hari jadi Zain Saidin sebelum keberangkatan mereka ke tanah suci sebelum ini, hingga menimbulkan persoalan ramai.

Sementara itu, laman Instagram Che Ta dan Zain dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh para peminat mereka yang jelas gembira dengan perkhabaran terbaru itu.

Terdahulu, Che Ta pernah mendedahkan kepada media akan menunaikan umrah bersama Zain bagi melangsaikan nazar atas kelahirkan puteri sulung mereka.

Kita doakan moga Che Ta terus istiqamah dalam penghijrahannya ini.-Mynewshub.cc

Shila Amzah ‘Digam’ Pihak Televisyen Di China?

Belum pun surut konflik Shila Amzah dengan beberapa wartawan hiburan tempatan, timbul pula berita kurang enak mengenai pelantun Patah Seribu ini.

Shila Amzah

Secara tiba-tiba khabar angin mendakwa Shila Amzah digam pihak televisyen di China bertiup kencang.

Insiden ini muncul apabila seorang peminat hiburan di forum Cari mendakwa gosip itu berlegar dalam forum negara berkenaan (China).

Menjawab isu ini, bapa Shila iaitu ND Lala tampil menyangkal dakwaan khabar angin yang tersebar mengenai anaknya itu.

“Bagi saya, semua orang mempunyai kebebasan untuk berkata-kata. Contohnya ketika insiden MH370 tahun lalu, ramai orang kata Shila tidak diterima di China sedangkan kami dilayan sangat baik. Begitu juga dengan perkara ini.

“Kadang-kala orang yang menyebarkan perkara ini, mereka ada agenda tersendiri. Lagipun perkara sebegini bukan perkara baru. Usaha yang lebih terarah kepada perkara negatif ini sudah lama berlaku,” kata ND Lala.

Jelasnya lagi, pada Sabtu ini Shila akan bertolak ke China bagi mengadakan persembahan di Beijing TV.

Sumber: Roti Kaya!

Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Quran Dalam Instagram?

Kecoh jadinya atmosfera dunia hiburan apabila selebriti antarabangsa, Lindsay Lohan didakwa memuat naik gambar ayat Al-Quran dalam laman akaun Instagram miliknya.

Lindsay-Lohan

Seakan pelik dan aneh, gambar tersebut sekaligus heboh diperkatakan masyarakat netizen seluruh dunia.

Perkongsian ayat Al-Quran yang bermaksud ‘Ya Tuhanku, tingkatkan aku dengan ilmu pengetahuan’ dan ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu pengetahuan yang bermanfaat’ dilapor telah dimuat naik Lindsay Lohan beberapa jam yang lalu.

Lindsay yang cukup sinonim sebagai bintang penuh kontroversi seakan tidak boleh lari dari menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan para peminat.

Lindsay-Lohan [2]

Rata-rata peminat dilihat cuba mempersoalkan status agama yang dianuti aktres wanita popular ini.

Bagaimanapun, ada peminat yang mendakwa perkongsian ayat Al-Quran tersebut tidak boleh menggambarkan agama seseorang.

Pun begitu, kita tidak boleh menidakkan hidayah yang diturunkan Allah SWT kepada insan yang terpilih. -Mynewshub.cc

‘Penyakit’ Baru Di Kalangan Pengundi ABPBH – Aznil

“Sekarang ni ada ‘penyakit’ baru di kalangan pengundi-pengundi Anugerah Bintang Popular”.

Datuk Aznil Nawawi

Itu komentar yang diluahkan pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi mengenai fenomena masa kini, yang mana pengundi Anugerah Bintang Popular (ABP) kini bukannya merangkumi keseluruhan rakyat Malaysia sebaliknya kelab peminat seseorang artis itu yang gigih mengundi sehingga menenggelamkan prestij majlis anugerah itu dari tahun ke tahun.

Menurut Aznil atau Pak Nil, sekarang istilah populariti itu sudah hilang magisnya disebabkan keghairahan sesetengah peminat dan kelab peminat yang mengundi sehingga artis kesayangan mereka berjaya meraih trofi walaupun nama mereka suam-suam kuku di kalangan peminat hiburan tanah air yang lain.

“Mereka ada fan club (kelab peminat), bukannya diundi oleh peminat di Malaysia secara umum. Peminat dia je yang keluar duit, labur duit, ditaja oleh sesuatu produk. Kalau artis itu menang, dia akan bawa nama produk itu sekali sebagai kemenangan.

“Artis itu sendiri mahu ingatlah dia sebenarnya diundi oleh rakyat Malaysia atau peminat-peminat dia sahaja,” kata Aznil ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Hasil ke-19 di Cyberjaya, hari ini.

Pada majlis tersebut, Aznil telah dilantik menjadi Ikon Saya Cinta Malaysia yang bertujuan memberikan pendedahan mengenai pembayaran cukai yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Aznil turut menitipkan pesanannya kepada penganjur ABP supaya melihat cara lain yang lebih relevan memandangkan cara penggundian masa kini semestinya sudah jauh berbeza jika dibandingkan dengan penganjuran ABP pada tahun-tahun sebelumnya.

“Saya harus berpesan kepada penganjur ABP supaya melihat cara lain yang lebih relevan. Benda ini (cara penggundian di akhbar) mungkin berjaya di masa Eman Manan, Zainal Abidin.

“Sekarang dah masuk zaman media sosial dan juga dah ada fan club. Jadi bagaimana cara nak tunjukkan yang ditatang itu adalah yang sebenar-benarnya pilihan rakyat Malaysia.

“PIlihan rakyat Malaysia itu adalah populariti sebenarnya tapi kalau popular di kalangan peminat atau fan club mereka, saya rasa itu agak memberi gambaran yang salah mengenai pandangan populariti itu,” ujarnya lagi yang turut tercalon dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular bagi edisi ABP kali ini.

Ketika ditanya mengenai harapannya pada kali ini, Aznill tidak meletakkan harapan yang tinggi sebaliknya lebih gembira sekiranya kategori itu dimenangi pengacara lain yang turut tercalon dalam pencalonan tersebut.

“Kita nak pengacara akan datang jadi kepada mereka yang nak mengundi, tolonglah mengundi pengacara yang akan datang, saya tak mengharapkan kemenangan,” katanya lagi.

Pak Nil akan bersaing bersama-sama pemenang tahun lalu, Datuk AC Mizal, hos Melodi, Awal Ashaari, Zizan Razak dan AG Hot FM.

Acara kemuncak ABP edisi ke-28 akan berlangsung pada 5 April ini bertempat di Arena of Stars, Genting Highlands.

Sumber: Mynewshub.cc

Zamarul Mengaku Ceraikan Diana 15 Jan Lalu

Spekulasi pergolakan rumah tangga yang melanda Zamarul Hisham dan Diana Rafar akhirnya terungkai.

Zamarul Hisham dan Diana Rafar

Krisis melanda pasangan pelakon ini mula dihidu selepas Diana Rafar dilihat menfailkan penceraian terhadap Zamarul di mahkamah syariah di Shah Alam, 15 Januari lalu.

Akhirnya eksklusif menerusi Berita Harian, Zamarul tampil mendedahkan status sebenar rumah tangga mereka.

Dalam satu pengakuan mengejutkan Zamarul mengaku telah menceraikan Diana dengan talak satu pada 15 Januari lalu.

“Tiada apa yang perlu diselindung lagi. Kami sudah sah bercerai Januari lalu. Apa yang berlaku ada hikmah, terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja.

“Sejujurnya saya agak terkejut apabila berlaku perceraian ini. Insya-Allah selagi saya boleh pertahankan perkahwinan kedua ini semula, saya akan lakukannya. Terlalu ramai peminat kami, peminat anak kami sendiri termasuk rakan wartawan mendoakan yang terbaik.

“Apa yang terjadi membuka mata kami bahawasanya terlalu ramai yang menyayangi hubungan ini. Kalau ada berita gembira (rujuk semula) saya akan kongsi tapi bukan sekarang. Diana pun selesa dengan situasi sekarang untuk bermuhasabah diri. Doakan kami,” katanya.

Mengakui masih menyayangi Diana, Zamarul berharap peminat mendoakan mereka berdua meskipun perpisahan ini sudah ditentukan.

“Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia,” ujarnya.

Zamarul dan Diana diijabkabulkan pada 16 Mei 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas lapan tahun bercinta dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima tahun, Kashfi Haikal.

Sumber: Mynewshub.cc