Michael Ang Anggap ‘Drama’ Rumah Tangga Alyah Gimik AJL?

Kisah hangat lagi panas minggu ini pastinya melibatkan kontroversi perkahwinan konduktor muzik Datuk Ramli MS dan isterinya, penyanyi Alyah yang kini dilanda badai selepas Alyah meluahkan perasaannya menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.

Michael-Ramli MS-Alyah

Selain pemerhati industri hiburan tempatan yang terkejut dengan pendedahan penyanyi itu, pengarah drama Michael Ang turut tidak terkecuali memberi komennya berkaitan isu tersebut.

Pengarah popular itu berpendapat isu itu ditimbulkan mungkin merupakan salah satu daripada gimik yang ingin dilakukan penyanyi itu memandangkan dia bakal bertanding dalam Anugerah Juara Lagu, Ahad ini menerusi lagu hitsnya, Sesal Separuh Nyawa.

Michael-Ramli MS-Alyah [2]
(Klik untuk paparan besar)

Agak-agaknya anda bersetuju ke dengan pendapat Michael ni? Kalau nak buat gimik sekali pun, agak-agaklah kan kalau masuk hal-hal peribadi yang sepatutnya disimpan rapi daripada pengetahuan orang luar.-Mynewshub.cc

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon