Kesian sungguh nasib Kamal Adli yang tak pasal-pasal dituduh sebagai orang ketiga yang mengganggu perhubungan cinta Emma Maembong dan Zizan Razak yang baharu sahaja disahkan putus oleh aktres itu, baru-baru ini.
Pantas menepis dakwaan itu, Kamal yang terkejut dengan berita tersebut menafikan dia merupakan punca terputusnya hubungan cinta pasangan terbabit.
“Jangan pandai-pandai nak tuduh! Takkan saya nak merampas kekasih orang?
“Gara-gara perpisahan mereka, nama saya pula dikaitkan. Bukan saya yang menjadi punca.
“Kami hanya rakan kerja yang terlibat dengan drama Syurga Tanpa Cinta. Tak lebih daripada itu,” katanya, memetik laporan mStar.
Nama Kamal dikaitkan dengan Emma selepas sebuah akhbar menyiarkan artikel mengenai perhubungan akrab mereka malah Kamal dikatakan pernah menjemput aktres berdarah kacukan itu di lapangan terbang sebelum ini.
Kamal dan Emma walau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu gosip tidak berasas sama sekali.
Kamal yang baru sahaja putus dengan Intan Ladyana menyatakan dia mahu lebih fokus dalam kerjaya tahun ini agar dapat mengasah lagi bakat yang ada pada dirinya.
Dia juga enggan memikirkan hal mencari pengganti dalam masa terdekat ini sebaliknya sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Pergilah Airmata lakonan bersama Nelydia Senrose, Izreen Azminda, Amar Asyraf dan Azlee Khairi. -Mynewshub.cc

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon