Seorang pelayan restoran, Praveen Kumar Pradhan telah ditahan pihak polis di atas dakwaan menghantar mesej berbaur ugutan bunuh terhadap pelakon popular Bollywood, Madhuri Dixit.
Praveen, 23, turut mendakwa dirinya merupakan salah seorang anggota kumpulan mafia yang terkenal di India, geng Rahjan.
Suspek didakwa membuat ugutan bunuh terhadap aktres itu dan anak-anaknya selain mengaku pernah menghantar ugutan bunuh untuk mendapatkan wang daripada Madhuri.
Walau bagaimanapun, pihak polis tidak mendedahkan jumlah wang yang dimintanya, namun menjelaskan suspek pernah menghantar empat mesej yang mengandungi ugutan bunuh sekiranya Madhuri tidak membayar jumlah wang yang diminta suspek.
Pihak berkuasa masih lagi menyiasat kejadian ini menerusi bahan bukti, telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk menghantar mesej ugutan terhadap pelakon berusia 47 tahun itu.-Mynewshub.cc

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon