Nora Danish Dan Nedim Pakai ‘Mask’ Jadi Isu!

Kalau sudah namanya ‘public figure’, setiap apa yang dilakukan pasti mendapat perhatian.


Begitulah yang terjadi kepada pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim apabila gambar mereka memakai ‘mask’ di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) menjadi buah mulut di kalangan pengikut di laman Instagram.

Ada yang beranggapan mereka memakai ‘mask’ bagi menyembunyikan identiti mereka.


Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, Nedim menjelaskan bahawa mereka kurang sihat dan keadaan sesak di Jalan TAR mungkin akan memburukkan lagi kesihatan mereka.


Jika dilihat pada Instagram Nora Danish, dia sendiri ada memuatnaik gambar ‘selfie’nya yang tidak sihat semalam.


Senang cerita, abaikan saja komen-komen yang tidak mendatangkan apa-apa faedah itu.-Mynewshub.my

Johan As’ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing

PETALING JAYA – Pelakon Johan As’ari tidak melihat tindakannya mengambil gambar bersama seekor anjing pengesan sebagai satu kesalahan besar sehingga dia wajar dikecam oleh para peminatnya.


Johan, 28, berkata, tindakannya itu hanya semata-mata untuk menghargai haiwan berkenaan yang sama-sama terlibat dalam penggambaran filem terbitan Tangan Seni Sdn. Bhd. iaitu Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang berakhir baru-baru ini.

“Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anjing pengesan juga berperanan besar dan rakan baik kepada pejuang kita dalam mengesan penjahat atau penceroboh di dalam hutan demi mempertahankan negara kita.

“Ia juga adalah pejuang dan perkara itu yang saya pelajari tentang anjing pengesan ini ketika menjalani penggambaran filem berkenaan,” katanya kepada mStar Online.

Johan ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Wirefame Bersama Anak Yatim di Kelana Jaya di sini pada malam Sabtu lalu.

Ekoran Johan memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Instagram miliknya dia dikatakan tidak sensitif sehingga menimbulkan perbalahan di antara kalangan peminatnya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Johan berkata, pada dasarnya dia tidak memegang anjing berkenaan biarpun dia mempunyai beberapa adegan bersama binatang itu.

Pun begitu kata Johan, setiap kali selesai penggambaran dia akan samak seluruh badannya bagi memastikan tiada sebarang keraguan timbul dalam dirinya.

“Tiada masalah jika terpegang anjing kerana kita boleh samak seperti mana di ajar dalam Islam.

“Bagaimanapun bagi mengelakkan rasa was-was saya akan memastikan setiap kali habis penggambaran bersama anjing pengesan itu saya akan samak seluruh badan saya,” katanya.

Sementara itu, Johan berkata, pengalaman berlakon bersama seekor anjing adalah pertama kali buatnya sepanjang bergelar pelakon dan mengakui ia bukan mudah.

“Pada mulanya saya tidak berani untuk berlakon bersama anjing tetapi selepas diberi tunjuk ajar tentang cara mendekati anjing baharulah saya jadi berani,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, pada 1 Ogos depan dia akan berangkat ke Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untuk penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi. –mStar Online

Baju Raya Anak-Anak Daphne Inspirasi Filem ‘Frozen’

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Daphne Iking memberitu dua anak perempuannya inginkan fesyen seperti digayakan oleh Puteri Elsa dan Puteri Anna dalam filem popular Frozen untuk dipakai semasa hari raya nanti.


Daphne atau nama sebenarnya Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking, 34, berkata, demi merialisasikan hasrat kedua-dua anaknya itu dia menjahit sendiri baju tersebut mengikut permintaan anak-anaknya, Isobel Daniella dan Iman Daniella.

“Mereka berdua sangat gilakan filem Frozen sehingga mahu baju raya berinspirasikan karektor Puteri Elsa dan Puteri Anna dan nampaknya impian tersebut akan terlaksana.

“Demi kemahuan anak-anak saya sanggup mencari kain yang sesuai dan menjahit sendiri baju berkenaan supaya boleh dipakai pada hari raya nanti,” katanya kepada mStar Online.

Daphne ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjurang Geng Celepets di Restoran Andersen Publika dekat sini pada Khamis lalu.

Tambah Daphne, Syawal tahun ini dia akan pulang ke kampung halaman suaminya di Kuala Kangsar, Perak selama beberapa hari sebelum mengambil peluang bercuti di Pulau Redang untuk aktiviti menyelam.

Dalam pada itu, Daphne berkata, dia bakal meninggalkan program bual bicara iaitu Bella kerana ingin keluar daripada zon selesanya sebagai seorang pengacara.

Jelas Daphne, dia tidak boleh selamanya berasa selesa dengan kedudukannya sekarang dan perlu menerokai peluang lain untuk mendapatkan pengalaman.

“Selain lakonan dan pengacaraan saya ingin menerokai bidang lain seperti menulis skrip dan buku, bergelar penyampai radio dan melakukan ‘stand up comedy’.

“Tidak memperbaharui kontrak bersama Bella adalah sebagai langkah pertama untuk saya keluar dari zon selesa dan melakukan sesuatu yang baharu dalam karier saya,” katanya. – mStar Online

Raja Ilya Hilang Kawan Baik Yang Turut Terlibat Nahas MH17

Kematian 298 nyawa yang tidak berdosa dalam pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 pastinya meninggalkan kesan mendalam buat ahli keluarga dan kenalan mangsa-mangsa yang terlibat.


Pelakon Raja Ilya turut bersedih di atas insiden tidak dijangkakan ini kerana dia kehilangan seorang sahabat baik yang sudah dikenalinya sejak enam tahun lalu iaitu, Subashini J Retnam atau lebih dikenali sebagai Shuba Jay.

Apa yang lebih memilukan, turut bersama Shuba dalam penerbangan tersebut ialah suaminya, warganegara Belanda, Paul Goes dan anak tunggal pasangan itu, Kaela, 1.

Mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah ibu bapa Goes yang menetap di Belanda dan ingin mempertemukan Kaela dengan datuk dan neneknya di sana.

Memang tragis dan menyayat hati…

Menceritakan detik-detik mengetahui nasib yang menimpa sahabatnya itu, Raja Ilya berkata, “hanya Tuhan saja yang tahu perasan saya ketika itu. Hati saya hancur luluh dan air mata terus menitis tanpa henti. Demi tugas saya tetap teruskan penggambaran dengan menahan sebak pada petang itu”.

“Sebaik babak lakonan selesai, saya terus berlari dengan telefon bimbit untuk menghantar WhatsApp sambil menangis bagai nak gila. Saya juga tidak dapat membayangkan perasaan ahli keluarga Shuba yang masih terkejut dengan kehilangan anak, menantu dan cucu sekali gus,” katanya memetik Harian Metro.

Raja Ilya turut menyatakan mereka mula berkawan rapat sejak terlibat dengan penggambaran sebuah drama Tamil berjudul Sugamana Sumaigal arahon Along Kamaludin pada 2008.

Malah, Raja Ilya sempat berkongsi salinan WhatsApp terakhirnya dengan Shuba yang mana rakannya itu dikatakan mahu menyambung pengajian pendek dalam bidang lakonan di Australia.


Namun ternyata kini semua impian dan cita-cita Shuba tidak kesampaian apabila menjadi di antara korban nahas pesawat MH17 pada Khamis lalu.-Mynewshub.my

Awie Dapat Injuksi Mahkamah Halang Rozana Jumpa Anak

Sebelum ini, isteri penyanyi rock terkenal Awie, Rozana Misbun memberitahu media bahawa dia tidak dibenarkan oleh suaminya untuk bertemu anak-anaknya menerusi surat yang dihantar kepada pihak sekolah.


Hari ini, menerusi laporan akhbar tempatan, Awie telah mendapat perintah injuksi dari Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur terhadap Rozana untuk tidak mendekati dirinya dan anak-anak dalam apa jua cara termasuklah melalui media cetak dan elektronik.

Penyanyi itu juga berjaya mendapat hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana.

Mengimbas kembali permulaan kes itu, Awie mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya di Ukay Perdana, Hulu Klang pada tarikh 2 Jun.

Justeru, ia terus berlarutan sehingga membabitkan isu penjagaan anak-anak mereka selepas Rozana mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah pada 15 Jun lalu.

Apapun, diharapkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik selepas ini.

Lagipun, anak-anak Awie dan Rozana pasti mahu bersama ibu bapa mereka di hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.-Mynewshub.my

Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Isteri Dilarikan Lelaki Lain

Baru beberapa hari kita dikejutkan dengan kisah pelakon Ezany Nizariff dan isterinya bakal bercerai, tup-tup hari ini kisah lain pula menjelma.


Pelakon itu dikatakan telah membuat laporan polis di Balai Polis Kinrara, Serdang mengenai kehilangan isterinya sejak 17 Julai lalu, dipercayai dilarikan oleh lelaki yang dikenali.

Memetik Harian Metro, Ezany menyedari isterinya, Lizda Nuryanti Abidin sudah tiada ketika bangun bersahur jam 4.30 pagi di kediamannya di Seri Kembangan.

Dia percaya isterinya keluar dari rumah kerana pintu hadapan rumahnya di tingkat bawah tidak berkunci.

“Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana,” katanya.

Sementara itu, tinjauan kami di akaun Facebook Ezany mendapati pelakon itu telah memuatnaik beberapa status yang mungkin merujuk kepada kehilangan isterinya itu.


Nasihat kami, adalah lebih baik jika hal rumahtangga tidak diluahkan di laman sosial, bimbang nanti ramai yang membuat spekulasi bukan-bukan.-Mynewshub.my

Koleksi Gambar Amar Taufiq, Anak Amar Asyraf Yang Comel!

Sekarang dah macam jadi trend bayi yang baharu beberapa hari dilahirkan terus menjalani proses penggambaran atau ‘photo shoot’.


Antara selebriti yang pernah membuat sesi photo shoot bayi mereka adalah seperti penjaga gol pasukan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi.

Terbaharu, pelakon Amar Asyraf yang baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Amar Taufiq turut mengadakan penggambaran bagi meraikan kelahiran anak sulungnya pada 8 Julai lalu.

Memang kreatif idea jurugambarnya, jom layan gambar-gambar menarik hasil bidikan Camora Arts.

Mana tahu, boleh bagi idea buat pasangan ibu bapa di luar sana mengimpikan sesi photo shoot sebegini untuk anak mereka kelak.-Mynewshub.my


Siti Nurhaliza Tayang Kening Mirip Princess Elsa

Artis tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza dikatakan sedang cuba meniru rupa kening watak Princess Elsa dalam filem Frozen terbitan Disney.


Wajah Siti dengan kening yang hampir sama itu dimuatnaik di laman Instagram beliau ‘ctdk’ dengan kapsyen menarik yang mencuit hati peminat-peminatnya.

“Saya tengah cuba tiru kening Princess Elsa,” kata Siti.


Di dalam gambar itu, Siti memakai tudung putih dan menggayakan riak wajahnya seperti Princess Elsa. Tidak dinafikan kelihatan wajah Siti agak serupa dan seiras dengan watak animasi itu.

Rata-rata peminat Siti mengakui yang gaya artis itu, memang serupa seperti watak Princess Elsa.

Tidak kurang juga yang tertawa dengan aksi Siti yang begitu beriya-iya mahu meniru gaya kening Princess Elsa.


Gambar itu dikongsi Siti kira-kira dua bulan lepas dan beliau turut memuatnaik gambarnya bersama suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa di hadapan poster filem Frozen.-Mynewshub.my

Argentina Kalah, Rihanna Kempunan!

Nasib baik Argentina kalah, kalau tidak pastinya isteri penjaga gol pasukan berkenaan, Eliana Guercio, 36, sudah kehilangan suaminya, Sergio Romero kepada penyanyi seksi, Rihanna selama seminggu.


Guercio, yang juga seorang model dan aktres itu sanggup meminjamkan suaminya itu kepada Rihanna selama seminggu jika Argentina menang dalam perlawanan akhir menentang Jerman.

Dia menyatakan demikian dalam twitter miliknya selepas Rihanna mendedahkan bahawa dia mengagumi Romero kerana berjaya mempertahankan tiang gol ketika Argentina menewaskan Holland, untuk pasukan itu melangkah ke perlawanan akhir.

Namun nampaknya hasrat itu tidak kesampaian apabila Argentina tewas kepada Jerman awal pagi tadi.

Dan mungkin juga Romero juga kecewa, kerana melepaskan bola dan juga gagal bersama Rihanna untuk tempoh seminggu.

Biodata Kekasih Hati Raisyyah Rania Yeap

Felixia Yeap atau nama Islamnya kini Raisyyah Rania Yeap sebenarnya sudah pun mempunyai pilihan hati.


Kelibat jejaka yang digelar Raisyyah sebagai Mr R ini mula ‘kelihatan’ dalam Instagramnya sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun wajah Mr R tidak pernah ditunjukkan Raisyyah secara jelas melainkan sipi-sipi sahaja.

Hinggalah selepas pengislamannya, barulah tersebar wajah jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu berdiri di samping Raisyyah dalam keadaan tersenyum dan berkopiah.

Dari perwatakan nampak seperti mampu membimbing Raisyyah dan itulah yang kita harapkan, insya-Allah.

Bagi yang ingin tahu serba sedikit latar belakang pemuda yang berjaya mematahkan hati ramai lelaki Malaysia di luar sana, nama sebenar Mr R adalah Raja Zainal Badri.


Raja Zainal dikatakan berstatus kerabat diraja Selangor dan merupakan anak saudara Raja Nong Chik.

Dia digambarkan meminati sukan lumba kereta malah turut menjadi pelumba kereta mewah jenis Porsche.

Malangnya apabila tersebar status kekasih Raisyyah ini, tersebar pula dakwaan jahat menyatakan dia memeluk Islam untuk berkahwin dengan anak orang kaya atau orang kaya.

Dengarkan penjelasan Raisyyah berkenaan hal ini menerusi video YouTube ‘Antara Syahadah dan Jodoh Saya’ di bawah:

Apa pun seperti kata Raisyyah, sempena Ramadan ini sama-samalah kita menjaga lisan, percakapan, persangkaan dan pemikiran. Selamat berpuasa semua..



Kes Belasah Isteri, Awie Anggap Ia Dugaan Ramadan

“Saya hadapi perkara ini dengan tabah, ini dugaan Ramadan,” kata Awie kepada pemberita selepas mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun,36, di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Awie-Belasah-Isteri

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman,46, berkata, perkara paling penting baginya sekarang adalah untuk terus membesarkan anak-anak.

“Alhamdulillah, saya rasa tiada apa-apa. Kehidupan saya akan diteruskan seperti biasa, yang penting saya hendak menjaga anak-anak saya,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesahihan gambar yang menunjukkan Rozana dipukul, Awie enggan memberi sebarang komen.

“Tiada komen, kita jumpa di mahkamah nanti dan kita akan tahu apa yang berlaku,” ujar pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah itu.

Terdahulu Awie didakwa di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, dua minggu lalu.

Awie-Belasah-Isteri [2]

Namun Awie mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Awie didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana di Jalan 9 USB 5, Taman Ukay Bestari, kira-kira jam 1.30 petang 2 Jun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Ramadhan, Felixia Teruja Berjaya Habiskan Sebiji Kurma

Selepas selamat memeluk Islam, model pakaian Muslimah Felixia Yeap berkongsi kali pertama beliau berjaya menghabiskan sebiji buah kurma.

Felixia Yeap

Di laman Facebook rasminya, Felixia berkata ia adalah kali pertama dia berjaya menghabiskan keseluruhan biji.

“Kali pertama habis memakan sebiji buah kurma semalam ketika iftar (berbuka puasa) di Masjid Al-Ghufran.

“Saya akhirnya jatuh cinta untuk terus memakan kurma,” katanya di laman Facebook Felixia Yeap.

Selepas selamat memeluk Islam, model pakaian Muslimah Felixia Yeap berkongsi kali pertama beliau berjaya menghabiskan sebiji buah kurma.

Di laman Facebook rasminya, Felixia berkata ia adalah kali pertama dia berjaya menghabiskan keseluruhan biji.

“Kali pertama habis memakan sebiji buah kurma semalam ketika iftar (berbuka puasa) di Masjid Al-Ghufran.

“Saya akhirnya jatuh cinta untuk terus memakan kurma,” katanya di laman Facebook Felixia Yeap.

Semalam pada pukul 6.30 petang, Felixia telah secara rasmi memeluk Islam apabila mengucap dua kalimah Syahadah di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail.

Majlis bersejarah yang digelar oleh Felixia sebagai “kelahiran semula” itu dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai dan juga media.

Felixia diislamkan di hadapan empat orang saksi serta ia disaksikan oleh para ahli keluarganya termasuk ibunya sendiri dan juga rakan-rakan.

Felixia memilih tarikh 3 Julai kerana kebetulan ia jatuh pada ulangtahun kelahirannya yang ke-28 dan juga pada bulan Ramadan Al-Mubarak, beliau merasakan ia adalah tarikh yang paling sesuai. -Mynewshub.my

Justin Bieber Kahwin Jika Selena Gomez Hamil

Alahai kesiannya dengan Selena Gomez, dia punyalah cinta mati sama kekasihnya, Justin Bieber tapi alih-alih Bieber dilaporkan hanya akan berkahwin dengan aktres comel itu sekiranya Gomez hamil.


Menurut International Business Times, ini kerana gosip mengatakan Bieber bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat adalah merupakan khabar angin sahaja.

Bieber dikatakan masih tidak puas lagi berhibur dan berfoya-foya biarpun sudah memiliki Gomez.

Sebelum ini pun, pasangan remaja paling popular ini pernah beberapa kali putus cinta dan kemudiannya cinta mereka bersambung kembali kerana Gomez tidak mahu melihat teman lelakinya terus hanyut dengan kemasyhuran yang dikecapinya kini. -Mynewshub.my

Lisa Surihani Mohon Maaf Isu Berkemban

Aktres jelita Lisa Surihani memohon maaf kepada sesetengah pihak yang kurang senang dengan busana yang digayakan olehnya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.


Fesyen yang dilabel seksi oleh segelintir peminatnya menjadi kontroversi kerana pakaian itu melihatkan seolah-olah dirinya berkemban dan agak menjolok mata sehingga dicemuh oleh pengikut di laman sosial.

"Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf," ujarnya menerusi laporan Harian Metro.

Lisa juga menjelaskan dirinya tidak berniat untuk mencetuskan perasaan kurang senang kepada mana-mana pihak dengan pakaiannya itu walaupun mengakui agak selesa menggayakannya busana rekaan Alia Bastamam itu.

"Apa yang boleh saya katakan adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu, tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya," jelasnya.

Dalam pada itu, isteri kepada penerbit dan pengarah filem Yusry Abdul Halim ini juga bersikap terbuka sekiranya ada yang sokong mahupun menentang penampilannya di khayalak ramai kerana itu merupakan lumrah sebagai seorang selebriti.

Namun, Lisa meminta supaya isu ini tidak lagi diperbesarkan dan tidak wajat dibahaskan kerana berpendapat benda tersebut sememangnya tidak perlu dipanjangkan lagi dan hanya cukup sampai di sini sahaja.

[Sumber]

Posing Peluk Aidil dan Zarema, Nafkah Anak Tak Bayar!

Ramai tahu bahawa pemain bola sepak yang juga bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan kini bahagia di samping isteri baru, Zarema.

Aidil Zafuan Berpelukan Di Madinah, Tapi Nafkah Anak Tak Bayar!

Namun pada masa sama kes rumahtangganya dengan Rita masih menjadi kontroversi gara-gara nafkah anak yang tertunggak.

Disebabkan hal ini sekeping gambar Aidil dan Zarema di Masjid Nabawi, Madinah yang dimuatnaik di akaun Facebook Rotikaya menjadi medan maki hamun dan nasihat kepada Aidil.

Kebanyakan komen menasihati Aidil agar melunaskan amalan wajib iaitu membayar nafkah anak dahulu sebelum menunaikan umrah.

Aidil Zafuan Berpelukan Di Madinah, Tapi Nafkah Anak Tak Bayar! [2]
Aidil Zafuan Berpelukan Di Madinah, Tapi Nafkah Anak Tak Bayar! [6]

Sesetengahnya menggunakan bahasa berhemah namun tak kurang juga boleh tahan kasar bahasanya macam lupa ini bulan puasa!

Aidil Zafuan Berpelukan Di Madinah, Tapi Nafkah Anak Tak Bayar! [3]
Aidil Zafuan Berpelukan Di Madinah, Tapi Nafkah Anak Tak Bayar! [4]

Tak cukup dengan komen nasihat tentang nafkah anak, posing peluk Aidil dan Zarema turut dikecam.

Bak kata komen peminat di bawah kalau hati dah tak suka, artis tu pakai purdah sekali pun akan tetap dilahar.

Aidil Zafuan Berpelukan Di Madinah, Tapi Nafkah Anak Tak Bayar! [5]
Aidil Zafuan Berpelukan Di Madinah, Tapi Nafkah Anak Tak Bayar! [7]

Apa pun, pemergian Aidil dan isteri barunya ke tanah suci adalah atas jemputan-Nya jua. Semoga sepulangnya mereka dari sana Aidil akan selesaikan segala kemelutnya dengan Rita secepat mungkin.

Bukan apa, ramai yang dah naik muak juga dengan masalah mereka yang tak habis-habis dari zaman bercinta, dah kahwin sampailah bercerai.

Kepada Aidil, cukuplah berlari di padang sahaja, jangan ‘lari-lari’ juga dalam hidup sebenar.

Sumber: Mynewshub.my