Sejak kontroversi hubungan cinta pelakon Hanez Suraya dengan suami orang mendapat cemuhan ramai, ramai pelakon wanita turut tempias sama dengan berita hangat itu.
Salah seorangnya adalah pelakon seksi, Marsha Milan Londoh yang dikatakan turut menjalin hubungan cinta dengan suami orang yang dikenali sebagai Mr. S.
Namun, Marsha menafikan dakwaan sesetengah pihak itu apabila mengatakan kekasihnya merupakan jejaka yang masih bujang malah belum pernah berumah tangga.
Memetik laporan sebuah akhbar harian, Marsha menjelaskan, “dia (teman lelaki) bukan duda atau suami orang. Dia solo. Memang saya takut. Apa yang Hanez Suraya sedang lalui sekarang membuatkan saya agak takut sehingga saya membuat kaji selidik mengenai latar belakang kekasih. Memang sah dia bukan suami orang. Kalau boleh, saya tidak mahu terlibat dengan suami orang. Sebab kalau saya dalam situasi wanita itu, saya juga tidak suka bermadu. Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan”.
Ternyata, kisah cinta Hanez Suraya sangat memberi kesan kepada rakan-rakan artis yang lain.
Mereka pun dah mula buat soal selidik mengenai kekasih, takut-takut tersangkut dengan lelaki orang.
Kang tak pasal-pasal kena hambur macam Hanez pulak!
-Mynewshub.my

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon