Liz Hurley Dikritik Jenama Bikini Terlalu Nipis

Liz Hurley kini menjadi bahan kecaman selepas terlibat dalam kontroversi mengeluarkan bikini untuk kanak-kanak yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk mereka.


Aktres itu dihujani dengan kemarahan daripada orang ramai selepas dia menggunakan twitter untuk mempromosikan rekaan kontroversi tersebut termasuk bikini nipis yang direka untuk budak bawah umur.

Model itu juga dituduh sengaja menjadikan budak-budak perempuan ini sebagai bahan seks dengan memakaikan mereka dengan bikini nipis.

Hurley menggunakan twitter untuk menjual bikini itu kepada 450,000 pengikutnya dalam twitter.

“Kanak-kanak harus kelihatan seperti kanak-kanak.

“Kanak-kanak memakai bikini bercorak harimau bintang? Berapa usia kanak-kanak ini,’’ itu adalah antara kecaman yang diterima Hurley. -Mynewshub.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon