Lindsay Lohan Dakwa Keguguran

Aktres kontroversi, Lindsay Lohan mendedahkan bahawa dia mengalami keguguran sewaktu rakaman rancangan televisyen realitinya.

Lindsay Lohan Dakwa Keguguran

Dia menyatakan demikian dalam episod terakhir OWN pada malam Ahad lalu ketika diminta berkongsi pengalamannya dalam rancangan tersebut.

“Tiada siapa yang tahu. Ia cerita yang panjang, tapi sebab itulah bila ‘dia’ (merujuk kepada dirinya) berkata ‘dia’ tidak mahu turun, ia bermaksud saya tidak dapat bergerak, saya sakit,” katanya.

Bagaimanapun, Lindsay tidak menyatakan siapakah identiti ayah kepada anak yang dikandungnya itu.

Sebelum ini, aktres tersebut pernah mendedahkan 36 lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengannya termasuklah Justin Timberlake, James Franco dan Colin Farrell.

Tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak cerita Lindsay ini, namun diharapkan ia bukanlah satu lagi drama yang direkanya untuk meraih simpati ramai tatkala popularitinya semakin dipandang sepi oleh dunia Hollywood.

Sumber: TMZ /Daily News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon