Video Shakira Dikecam Kerana Promote Lesbian

Seorang ahli majlis perbandaran di Columbia, Marco Fidel Ramirez menyelar muzik video lagu terbaru penyanyi kelahiran negara tersebut, Shakira berjudul Cant Remember to Forget You yang dilihat seakan menyokong serta ‘mempromosikan’ hubungan songsang di kalangan wanita.


Menerusi video berdurasi tiga minit 25 saat itu, Shakira bersama rakan duetnya, Rihanna melakonkan aksi di atas katil sambil meraba satu sama lain selain berpeluk mesra bak pasangan kekasih.

Menurut laporan Associated Press, Ramirez telah menyatakan cadangannya untuk media di sana mengharamkan muzik video Shakira yang dilihat sangat sensitif itu.

Apa pula pendapat anda setelah menonton video ini, adakah ianya menjurus ke arah menyokong perlakuan lesbian seperti yang dikatakan Ramirez?

Untuk makluman, jumlah tontonan video ini telah ditonton sebanyak lebih 77 juta pelayar Youtube sejak ianya mula disiarkan pada 31 Januari lalu.



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon