Video Miley Bercium Dengan Katy Perry

Ketika mengadakan konsert jelajahnya, Bangerz Tour di Staples Center, Sabtu lalu, Miley Cyrus kembali menghangatkan radar hiburan antarabangsa apabila tindakannya mencium seorang lagi bintang pop terkemuka dunia, Katy Perry menjadi viral di Internet.


Aksi spontan itu berlaku ketika Cyrus sedang menghiburkan peminatnya dengan single terbarunya berjudul Adore You, dan pada ketika itu juga dia menyedari Katy turut berada di barisan hadapan bersama peminat-peminatnya yang lain.


Tanpa berlengah, Cyrus mengajak Perry ke hadapan dan mereka terus berkongsi ciuman singkat yang dilihat puluhan ribu penonton konsert tersebut.

Menurut Just Jared, sebaik sahaja tindakan spontan itu berlaku, Cyrus terus menyanyikan bait-bait lirik lagu popular Perry, I Kissed A Girl.

Sementara itu, aktor sasa yang dikaitkan dengan Cyrus pada ketika ini, Kellan Lutz turut hadir pada konsert jelajahnya itu demi memberikan sokongan terhadap Cyrus. -Mynewshub



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon