Ikon fesyen popular, Victoria Beckham mendedahkan rahsia kebahagiaan rumah tangga yang sudah 15 tahun dibinanya bersama bintang sukan tersohor dunia, David Beckham adalah kerana mereka berdua saling menyokong karier di antara satu sama lain.
Ketika ditemu bual majalah Allure keluaran terbaru, Victoria mengatakan, “David adalah seorang yang sangat berbakat (dalam bidangnya) dan juga seorang suami yang penyayang.
"Saya menyokong dia sejak dari dahulu lagi dan dia sangat berbangga dengan saya. Dia juga sentiasa menyokong saya.
Antara pengorbanan yang dibuat Victoria adalah ketika mengambil keputusan untuk mengikut suaminya berpindah ke Amerika selepas bekas pemain Manchester United itu mengikat kontrak dengan pasukan bola sepak LA Galaxy pada tahun 2007 dan ternyata keputusan itu turut memberikan kebaikan buat dirinya.
Ini kerana, keghairahannya dalam bidang fesyen dapat diteruskan di sana selain Victoria atau dikenali sebagai Posh Spice itu turut menjadi antara pelopor fesyen yang terlibat pada saban tahun dengan Minggu Fesyen New York.
Keserian hidup pasangan Beckham turut diwarnai dengan ragam keempat-empat anaknya yang semakin membesar iaitu Brooklyn, 15, Romeo, 12, Cruz, 9, dan Harper, 3.
Ketiga-tiga anak lelaki pasangan ini turut menunjukkan minat dalam sukan bola sepak dan pasangan ini telah pun menghantar Brooklyn dan adik-adiknya ke akademi untuk mengasah bakat mereka dalam bidang itu.
Sementara itu, Romeo turut mengikut jejak langkah ayahnya apabila disunting menjadi model kanak-kanak untuk label fesyen Burberry, tahun lalu.
Sumber: Mynewshub

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon