Selepas hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya perkahwinan penyanyi Robin Thicke dan isteri, aktres Paula Patton tidak lagi dapat diselamatkan.
People melaporkan pasangan yang sudah berkenalan sejak 22 tahun lalu itu berpisah dengan baik.
Menurut wakil mereka, dalam sebuah kenyataan media, Thicke, 37, dan Patton, 39, menyatakan, mereka akan terus menyayangi satu sama lain dan kekal menjadi kawan baik selepas perpisahan itu.
Pasangan itu berkahwin pada 2005 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Julian yang kini berusia empat tahun.
Perkahwinan Thicke yang terkenal dengan lagu Blurred Lines sebelum ini dikatakan goyah selepas muzik video lagu tersebut yang agak lucah apabila menampilkan model separuh bogel selain persembahannya dengan Miley Cyrus yang menimbulkan kontroversi pada majlis anugerah MTV Video Music Awards, tahun lalu. -Mynewshub
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon