Masihkah anda ingat dengan juara Mentor musim keempat, Mohamad Izwan Mohamad Nor, 26, atau Mohd yang juga protege kepada penyanyi Ziana Zain yang pernah dituduh merogol seorang penyanyi wanita kira-kira setahun yang lalu?
Menerusi Harian Metro, dia akhirnya tampil memberi penjelasan bahawa dia sudah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut sejak September 2013 yang lalu.
Ia berikutan tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkannya dengan tuduhan merogol peserta Mentor musim keenam, Noor Nazatul Farahin atau Zatul, 25, selepas siasatan polis.
“Alhamdulillah kes itu sudah selesai dan berpihak kepada saya. Memang saya bercadang nak buat sidang media tapi masih belum berkesempatan. Paling mengujakan keputusan ini diperoleh selepas sambutan Aidilfitri lalu dan saya anggap ia hadiah yang amat bernilai.
“Kes ini juga tak dibawa ke mahkamah kerana tiada bukti yang boleh disabitkan. Saya pernah terfikir nak menyaman kembali Zatul tapi ia memakan masa. Jadi ada baiknya saya bersihkan nama kerana saya memang teraniaya,” ujarnya.
Tambah Mohd lagi, akibat tuduhan itu, kerjaya seninya hampir merudum apabila tiada tawaran ‘show’ akibat imejnya yang sudah tercemar.
“Saya sudah hampir dilantik sebagai Ikon untuk Kementerian Pengajian Tinggi yang ketika itu diterajui Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Pemilihan ini dibuat kerana dulu saya belajar di Politeknik Pasir Gudang. Apabila disabitkan dengan kes rogol, tawaran ini hilang begitu saja.
“Sebaik keputusan dibuat, saya buat kenduri kesyukuran di kampung. Saya berhasrat nak bangkit semula untuk cari makan dalam bidang seni. Masyarakat tak tahu kes ini sudah selesai dan mereka masih pandang serong pada saya. Itulah sebabnya saya nak buat sidang media untuk lancar ‘single’ sekali gus menjelaskan perkara sebenar nanti,” jelasnya.
Bercadang untuk lebih fokus kepada kariernya sempena tahun baru ini, dia juga mahu lebih berhati-hati untuk berkawan dengan wanita agar peristiwa lama tidak berulang kembali.
Apa pun, kami tertanya-tanya juga khabar Zatul selepas selesainya kes ini?
Mungkinkah dia pula yang akan memberi kenyataan balas? Sama-sama kita nantikan.. -Mynewshub

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon