Pelakon sensasi, Lana Nordin menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia merampas kekasih penyanyi, Adira, namun mengakui sudah menemui kekasih baru dan kini sedang mengenali hati budi masing-masing.
"Saya tidak kenal siapa kekasih Adiran sehingga diberitahu mengenai gosip ini barulah saya cari gambarnya di Internet dan saya tidak mengenalinya," katanya kepada mStar.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai identiti kekasihnya itu.
"Buat masa ini fokus utama saya adalah untuk mendekatkan diri pada agama dan menjadi insan lebih sempurna sebelum kembali serius bercinta."
Sementara itu, pelakon berusia 35 tahun itu turut memberitahu bahawa dia bakal terbang ke Tanah Suci, Mekah pada 28 Februari ini bersama rakan baiknya, Lisdawati bagi menunaikan ibadah umrah.
"Alhamdulillah, saya ada menghadiri beberapa sesi usrah bersama Lisdawati bagi mendalami sedikit sebanyak ilmu agama sebagai persiapan ke sana.
"Saya berharap semua urusan dipermudahkan dan menjadi orang yang lebih baik selepas ini."
[Sumber]

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon