Douglas, Zeta-Jones Perbaharui Ikrar Perkahwinan

Pasangan Hollywood, Michael Douglas dan isterinya, Catherine Zeta-Jones yang mengumumkan perpisahan mereka sebelum ini dilaporkan semakin serius mahu menyelamatkan rumah tangga yang dibina.


Malah, mereka juga dikatakan telah mengambil keputusan untuk memperbaharui ikrar perkahwinan mereka pada 25 September depan yang juga merupakan bulan kelahiran mereka untuk memeterai penyatuan itu.

"Kedua-duanya melalui tempoh getir beberapa bulan lalu. Mereka mahu memperbaharui ikrar perkahwinan dengan memilih hari istimewa iaitu tarikh lahir yang dikongsi bersama, 25 September," ujar satu sumber.

Pasangan itu difahamkan telah mendapatkan bantuan pakar untuk memulihkan keadaan, termasuk sesi kaunseling dan terapi, terutama bagi melancarkan komunikasi dua hala.

Hasil perkahwinan mereka selama 14 tahun, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata, Dylan, 13, dan Carys, 10.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon