Album terbaru Beyonce pecah rekod iTunes

Album terbaru Beyonce Knowles berjudul "Beyoncé" dalam versi digital telah berjaya memecah rekod apabila ia menjadi album paling laris dijual di seluruh dunia dalam masa tiga hari di iTunes Store.

Beyonce+iTunes

Menurut label rakaman Beyonce, Columbia Records, sebanyak 828,773 salinan telah terjual dalam tempoh tiga hari pertama sehingga malam Ahad lalu.

"Beyoncé" digambarkan sebagai album visual mengandungi 14 buah lagu dan 18 video dijual dengan harga AS$15.99 (RM51.80) dan diriliskan secara eksklusif kepada iTunes.

Penyanyi berusia 32 tahun ini mengejutkan peminat dengan meriliskan album tersebut tanpa sebarang pengumuman. Walaupun tiada publisiti atau promosi, album tersebut berjaya menduduki tempat teratas di 104 buah negara.

Album ini menyaksikan Beyonce bekerjasama dengan beberapa artis seperti Drake, Frank Ocean serta suami dan anaknya, Jay Z dan Blue Ivy.

Sementara itu pasaraya terkemuka di Amerika Syarikat, Target memilih untuk tidak menjual album terbaru Beyonce yang dijadualkan berada di pasaran pada 20 Disember ini.

"Di Target, fokus kami adalah untuk menawarkan pelanggan kami pelbagai jenis cakera padat. Namun apabila sesebuah album baru boleh dimiliki secara digital lebih awal daripada fizikal, ia akan mempengaruhi jualan.

"Kami menghargai segala usaha dan peluang bekerjasama dengan Beyonce sebelum ini, tetapi fokus kami adalah untuk menawarkan cakera padat yang dipasarkan pada waktu yang sama dengan format lain. Oleh itu, Target tidak akan menjual album terbaru Beyonce," ujar Erica Julkowski, jurucakap pasaraya itu.

-Yahoo

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon