BILLBOARD melaporkan pengasas dan vokalis The Rolling Stones, Mick Jagger tampil memberi kenyataan bagi menafikan bahawa dia pernah menggoda Kate Perry seperti yang didakwa oleh wanita itu sebelum ini.
Wakil kepada Jagger memberitahu bahawa penyanyi rock veteran yang berusia 70 tahun itu menyifatkan pelantun Roar itu keliru dengan orang lain.
Sebelum ini dalam satu temu bual bersama stesen radio Australia, Perry, 29, memberitahu dia pernah menjadi penyanyi latar kepada Jagger dalam lagu hits Old Habits Die Hard pada 2004, malah mereka pernah keluar makan malam bersama.
“Sebenarnya, saya pernah keluar makan bersama Jagger dan dia cuba menggoda saya ketika saya masih berusia 18 tahun! Ia sudah lama berlalu dan dia adalah seorang yang baik,” kata Perry.
Teman wanita kepada John Mayer ini merupakan salah seorang artis jemputan siri jelajah Rolling Stones yang diadakan pada tahun ini.
-Sinar Online

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon