Eva Mendes Nafi Hubungan Bermasalah

Pelakon Eva Mendes menafikan sekeras-kerasnya laporan yang mengatakan hubungannya dengan aktor Ryan Gosling sedang dilanda masalah dan mereka akan berpisah.

Eva Mendes.

Eva, 39, berkata, percintaan mereka semakin kukuh dan bukannya goyah seperti yang dilaporkan media menurut laporan contactmusic.com.

"Berita berkenaan adalah salah sama sekali," katanya.

Ryan Gosling.

Sebelum ini media di Amerika Syarikat melaporkan hubungan pasangan itu dikatakan bermasalah ekoran sikap Eva yang gagal mengawal perasaan cemburunya terhadap Ryan.

Malah laporan itu turut menyebut mereka pernah berpisah selama enam bulan sebelum kembali bercinta.

Eva dan Ryan secara terbuka mengakui mereka bercinta pada September 2011.

-mStar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon