Konsert Akademi Fantasia (AF2013) sudah memasuki minggu kelapan, namun berdasarkan komen, kebanyakan pelajar masih menerima kritikan dari pengkritik tetap, Edry Abdul Halim dan Roslan Aziz.
Tidak terkecuali komen pedas Fauziah Datuk Ahmad Daud yang menggantikan pengkritik tetap Sharifah Amani, setelah artis berpengalaman itu turut mengkritik beberapa persembahan pelajar.
Menurut pengkritik, pemilihan lagu dikatakan tidak sesuai dengan ‘range’ suara pelajar selain persembahan tawar.
Fauziah misalnya berpandangan, momentum pada konsert kelapan seharusnya meningkat namun sebaliknya kebanyakan pelajar dilihat masih kurang yakin dari sudut persembahan bahkan peningkatannya tidak dirasai oleh juri.
“Seharusnya, pada minggu kelapan, pelajar sudah tunjuk kesungguhan apatah lagi, mereka mempunyai Inspirer yang bagus.
“Namun, rata-ratanya masih kering idea sehingga tidak tahu apa sepatutnya nak dibuat di atas pentas untuk beri persembahan terbaik.
“Mereka masih kurang karisma sebagai penghibur dan kami (pengkritik) sukar untuk merasai persembahan mereka,” katanya ketika ditemui selepas konsert itu.
Sementara itu, Inspirer terakhir mereka, Datuk Siti Nurhaliza berpandangan, pelajar telah berusaha keras demi menggalas cabaran dan tugasan mereka pada konsert berkenaan.
Pada masa sama, penyanyi tersohor tersebut tetap menghormati pandangan itu memandangkan setiap pengkritik mempunyai pengalaman dalam bidang masing-masing.
“Pandangan saya, apabila peminat terhibur ia sudah membuktikan peningkatan dalam persembahan mereka. Bagi aspek persembahan, saya dan pihak fakulti mendengar cadangan dan kemahuan pelajar.
“Sebenarnya, bukan mudah untuk memilih lagu-lagu tersebut. Saya bersama pihak fakulti sudah berusaha keras memilih lagu mengikut kesesuaian ‘tone’ suara pelajar.
“Saya yakin mereka akan belajar lagi dan melakukan yang terbaik pada konsert separuh akhir nanti,” katanya.
Ujar Siti, semua kritikan membina itu menjadi cabaran hebat kepada pelajar untuk membuktikan keupayaan masing-masing.
Tambahnya, bagi pemilihan lagu, pihaknya bersedia untuk meminta pandangan pengkritik dalam aspek pemilihan lagu yang sesuai.
Dalam pada itu, penyanyi berkenaan mempunyai pandangan tersendiri terhadap tiga pelajar yang menerima kritikan hebat tersebut.
Bagi Siti, pelajar seperti Faizul, Aishah dan Indah memiliki bakat dan keistimewaan tersendiri. “Saya yakin mereka akan beraksi lebih baik pada separuh akhir,” katanya.
Azhael semakin menyerlah
Bagi duo, Azhael dianggotai Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi, mereka menerima pujian pengkritik kerana memberi persembahan berkesan ketika solo dan berduet.
Azhael dikatakan kembali mengekalkan momentum menerusi lagu Harus Terpisah nyanyian Cakera Khan manakala battle, menerusi lagu Nakal, mereka dikatakan berjaya mengawal pentas. “Kami akan buat yang terbaik untuk kekal sehingga ke final.
Sebelum itu, kami bersedia galas cabaran besar di konsert separuh akhir," kata Azheal.
Tuah Amira ke peringkat separuh akhir
Sementara itu, Amira yang mendapat undian 14 peratus sepatutnya tersingkir namun tuah memihak kepadanya untuk meneruskan cabaran di atas pentas konsert AF.
Gimiknya, selepas diumumkan sebagai pelajar tersingkir dan melangkah keluar, pengacara Zizan Razak pada masa sama mengumumkan tiada penyingkiran pada konsert kelapan itu.
Ini sekali gus melayakkan enam bintang beraksi pada konsert separuh akhir dengan menyaksikan setakat ini, undian tertinggi dimiliki Faizul iaitu sebanyak 20 peratus diikuti Nabila, 19 peratus dan Azhael 17 peratus. Manakala Indah dan Aisyah masing-
masing sebanyak 15 peratus dan 16 peratus.
Dengan tiada penyingkiran, maka enam bintang AF2013 akan meneruskan perjuangan pada separuh akhir Ahad depan.
-Sinar Online

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon