Jennifer Lopez Dan Kekasih Mudanya Putus Cinta?

Sudah lama kita tidak mendengar khabar penyanyi dan pelakon jelita, Jennifer Lopez yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi, Marc Anthony.

Jennifer Lopez

Terbaru, Jennifer, 44, dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Casper Smart, 26, yang juga merupakan bekas penari latarnya sebelum ini.

Pasangan itu dikatakan memutuskan hubungan mereka kerana sudah tidak lagi mempunyai persefahaman dan sering bertengkar selama beberapa bulan, memetik laporan Mail Online.

Bagaimanapun, menurut sumber EOnline pula, Jennifer dan Casper sebenarnya masih belum berpisah dan sedang cuba memperbetulkan masalah antara mereka.

Penyanyi itu mula menjalinkan hubungan dengan penarinya itu hanya selepas tiga bulan bercerai dengan Marc.

Sebenarnya, ramai pihak yang menjangkakan hubungan mereka tidak akan kekal lama kerana Casper bukanlah cinta ‘utama’ bagi Jennifer.

Apa yang menjadikan hubungan mereka bertahan hingga dua tahun ialah kerana hubungan rapat antara lelaki muda itu dengan anak kembar penyanyi itu.

Apapun, kita tunggu sahaja kenyataan dari mulut Jennifer sendiri sama ada benar-benar sudah berpisah atau tidak.

Sumber: Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon