Dakwaan Serangan Seksual Tidak Jejas Cee Lo

Penyanyi dan pencipta lagu, Cee Lo Green berkata, pembabitannya dalam siasatan serangan seksual - dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan - tidak menjejaskan aktivitinya bersama wanita.


Menurut Green yang kini menjadi juri siri realiti The Voice, dia terus menjadi buruan wanita dan tidak melihat sebarang tanda mereka bimbang kepadanya.

“Gadis-gadis cantik berbaris untuk bertemu saya,” katanya.

Minggu lalu Green disoal siasat polis selepas didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Dia dituduh memberikan dadah kepada wanita terbabit di sebuah pusat hiburan sebelum mereka mengadakan hubungan seks.

Bagaimanapun siasatan kemudian mendapat wanita terbabit sudah mengenali dan menjalin hubungan dengan Green sejak beberapa bulan sebelum kejadian.

Green bagaimanapun tidak dilepaskan begitu saja.

Pihak berkuasa kemudian mendakwanya di mahkamah kerana memiliki dadah - tuduhan yang jauh lebih kecil berbanding jangkaan awal.

Dalam keterangannya Green berkata, dia berfoya-foya dengan wanita terbabit dan mengambil ecstasy bersama-sama.

Menurut Green, wanita terbabit sedar dan rela diberikan dadah berkenaan. -Agensi

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon