Ibu kepada Khloe Kardashian iaitu Kris Jenner dilaporkan memaksa anaknya untuk bercerai dengan bintang bola keranjang, Lamar Odom bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Daily Mail melaporkan, Kris menyuruh anaknya itu menamatkan krisis rumah tangga mereka kerana tidak mahu mempengaruhi reputasi keluarga itu.
"Kris telah memaksa Khloe untuk bercerai dan merasakan itu adalah keputusan paling tepat yang patut dilakukan.
"Tambahan pula Kris tidak mahu masalah mereka berdua akan merosakkan masa depan adik-beradiknya yang turut terlibat dalam dunia hiburan," kata sumber terdekat keluarga itu.
Lamar dan Khloe mengambil sikap berdiam diri berhubung kontroversi yang melanda perkahwinan mereka.
Khloe dan Lamar dilaporkan sudah tidak tinggal sebumbung selepas beberapa wanita tampil memberitahu lelaki itu bersikap curang selain terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Namun pasangan itu mengambil sikap berdiam diri daripada berbicara mengenai tuduhan itu dan Khloe dilaporkan enggan bercerai dan mahu menyelamatkan perkahwinan mereka.
Khloe yang juga adik kepada Kim Kardashian popular selepas muncul dalam siri Keeping Up With The Kardashian Show dan program berkenaan mendapat sambutan hangat dan menjadikan mereka popular di seluruh dunia.
Sumber: mStar

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon