Di kala kebanyakan kumpulan nasyid seangkatan dengannya kian menyepi, namun Hijjaz masih meneruskan kesinambungannya dalam industri nasyid tempatan. Setelah hampir tiga tidak tahun tidak menghasilkan album penuh, Hijjaz tampil dengan album yang berjudul, JANJI pada 9 Julai lalu.
Memuatkan sembilan buah lagu dalam album JANJI, Hijjaz tampil dengan nafas baru khas dengan kelahiran album tersebut. Hijjaz mengambil langkah berani untuk keluar dari kepompong selamat mereka dengan menyuntik elemen rock dalam beberapa buah lagu untuk album terbaru mereka.
“Pada 1 Ramadan ini genap perjuangan Hijjaz selama 17 tahun sebagai kumpulan nasyid. Kami tampil dengan album terbaru ini untuk merancakkan industri nasyid yang kian suram. Rentak yang sedikit berbeza ini sesuai dengan jiwa orang muda,” kata Isman Nadim selaku ahli kumpulan Hijjaz, ketika ditemui di majlis pelancaran album mereka baru-baru ini.
Idea tercetus untuk menghasilkan album yang sedikit berbeza ketika mereka menyumbangkan suara untuk runut bunyi rancangan Saladin. Dua buah lagu yang dimuatkan dalam album JANJI yang berjudul Janji Khalifah dan Harapan Ummah merupakan lagu-lagu yang mendapat sentuhan pop rock hasil gubahan pemuzik tempatan.
Antara lagu lain yang dimuatkan dalam album ini adalah seperti Kau Pemilik Cinta, Laukana Bainana, Hanyalah Iman, Pemimpin 3 Darjat, Penghulu Syurga, Akulah Pencinta dan Pemula Langkah.
Album ini juga menampilkan kelainan kerana memberi peluang kepada ahli kumpulan yang lain untuk turut menyumbangkan suara selain daripada vokalis mereka, Munif Ahmad. Walaupun kelantangan vokal Munif tidak dapat dinafikan lagi, namun peluang ini mampu menyerlahkan kekuatan vokal masing-masing.
JANJI yang merupakan edaran RUSA Marketing Sdn Bhd sudah menemui para peminat di Lahad Datu, Tawau dan mendapat reaksi positif mengenai sentuhan baru Hijjaz ini. Malah album ini juga bakal menembusi pasaran Indonesia dalam tempoh masa enam bulan akan datang. –Gua

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon