Katy Perry Di Gelar ‘Anak Syaitan’

Bapa penyanyi Katy Perry, Keith Hudson tidak begitu bersetuju dengan pilihan kerjaya anaknya sebagai penyanyi. Beliau yang merupakan seorang paderi, mengungkapkan kesedihan dirinya setelah menonton konsert Katy.


Dia bahkan melabel anak perempuannya tersebut sebagai “Anak Syaitan” dan meminta semua mendoakan anaknya bertaubat. Keith menceritakan bahawa saat dia menonton konsert Katy yang dihadiri kira-kira 20,000 penonton, dirinya melihat sebuah generasi yang besar, suasananya hampir seperti gereja, namun mereka menyembah perkara yang salah.

“Saya berdiri disana dan menangis dan terus menangis. Mereka mencintai dan menyembah hal yang salah,” ungkap Keith.

Keith mendedahkan bahawa sebelumnya Katy adalah penyanyi gereja, namun sekarang menjadi salah satu bintang pop dunia, namun salah satu lagu yang dinyanyikan putrinya yang berjudul “I Kisses A Girl”, menimbulkan tanda tanya besar tentang apa yang telah dia ajarkan selama ini kepada Katy.

“Mereka bertanya bagaimana saya boleh berkhutbah jika saya membesarkan seorang gadis yang menyanyi tentang mencium gadis lain?” ungkapnya sedih.

Lagu “I Kiss The Girl” ini telah dikeluarkan sejak tahun 2008, kemungkinan pernyataan Keith Hudson ini merupakan puncak kekecewaannya kepada Katy. Pada akhir tahun 2012 lalu Katy Perry bercerai dengan pasangannya Russell Brand.

Sewaktu memberi komen mengenai perceraian tersebut di depan jemaah, Keith mendedahkan bahawa dia mencintai puterinya itu dan akan selalu mencintainya. Dia meminta agar jemaah untuk tidak menghakimi dan mengkritik Katy.

Menurutnya, sebagai ibu bapa sekalipun anaknya tidak bertindak seperti yang diharapkan mereka harus tetap berdoa untuk anak tersebut. Keith dan isterinya melakukan hal itu bagi anak-anaknya.

-Breitbart.com

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon