Eva Longoria Terima Ijazah Master

Pelakon terkenal siri Desperate Housewives, Eva Longoria telah menerima Ijazah Master dalam Pengajian Etnik Chicano di Universiti Negeri California yang terletak di Northridge, Amerika Syarikat, semalam.


Longoria, 38, sempat berkongsi perasaan gembiranya itu dengan menulis di laman Twitter, “Inilah harinya. Saya berasa teruja untuk menerima Ijazah Master. Anda tidak pernah terlalu tua atau terlalu sibuk untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi”.

Di sebalik kesibukannya bergelar artis Hollywood, Longoria tetap cuba mencuri masa untuk menimba ilmu untuk jaminan hidupnya di masa hadapan.

Kedua ibu bapanya dan ahli keluarga yang lain turut hadir menyaksikan majlis graduasi bintang seksi yang sinonim dengan watak Gabrielle Solis itu.

-Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon