Aksi Seksi Pakaian Mandi Beyonce Knowles

Superstar global terkenal, Beyonce Knowles telah beraksi dalam beberapa pakaian mandi seksi lagi panas sempena kerjasamanya dengan label fesyen popular, H&M baru-baru ini.


Beyonce telah tampil cukup menggairahkan lagi sensasi tetapi bergaya, menerusi koleksi terbaru musim panas dari H&M yang dikenali sebagai Beyonce as Mrs, Carter in H&M dan telah menjengah kebanyakan butik terkenal berkenaan di seluruh bulan ini.

Kolaborasi hebat itu mengetengahkan Beyonce dengan gaya yang cukup berani, menggoda, ceria dan mempersona sesuai dengan statusnya sebagai penghibur terulung dunia yang memiliki bentuk badan menggiurkan.

"Saya memang gemarkan H&M kerana memberi fokus kepada persalinan yang boleh dibeli dalam harga berpatutan. Saya juga sukakan konsep kerjasama kami ini untuk menyelongkar emosi berbeza wanita bersandarkan empat elemen iaitu api, air, tanah dan angin.

"Boleh saya katakan, ini merupakan sesi penggambaran yang sangat indah di pulau tropika. Saya rasakan seperti membuat rakaman video berbanding penggambaran iklan komersial," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan H&M baru-baru ini.

Sementara itu Pengarah Kreatif H&M, Donald Schneider dalam kenyataannya berkata, kempen musim panas yang menampilkan Beyonce itu penuh dengan elemen fantasi, glamor, drama dan miliki suntikan kedamaian.

Menerusi kempen berkenaan, jelas Donald, penyanyi kulit hitam itu dilihat cukup ringkas bagaimanapun sempurna dan membuatkan dia sebagai ikon terbaik untuk wanita seluruh dunia.

Beyonce telah disarungkan dengan persalinan utama daripada H&M untuk musim panas akan datang seperti gaun senteng menawan dan tidak ketinggalan pakaian mandi istimewa untuk menjayakan kempen berkenaan.

Koleksi musim panas Beyonce dari H&M itu merangkumi pakaian mandi dan pakaian renang. Sebanyak 25 peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada H&M Water Aid yang juga merupakan inisiatif berterusan sejak 2002.

-Murai

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon