Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman menegaskan dirinya bukan ahli Parti Pakatan Rakyat (PKR) seperti yang didakwa sesetengah pihak. Dakwaan itu timbul berikutan pelantikan beliau sebagai duta Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Bagaimanapun Yasin atau nama sebenarnya Yasin Sulaiman, 39, mengakui beliau memang menyokong penuh perjuangan dan manifesto parti berkenaan.
“Saya bukan ahli PKR. Saya hanya duta AMK sahaja. Saya dilantik kerana sokongan saya terhadap perjuangan mereka. Bagi saya apa yang diperjuangkan itu sangat relevan dan sejajar dengan generasi saya sekarang”, katanya kepada Malaysian Digest sewaktu ditemui di satu sidang media khas di Kota Damansara, semalam.
Tambah pelantun Mimpi Laila ini, dia tidak berniat untuk menceburi bidang politik apatahlagi untuk aktif dalam lapangan itu.
“Saya tak berniat nak aktif dalam politik. Saya hanya menyokong saja perjuangan mereka”, katanya.
Dalam pada itu, Yasin baru-baru ini telah menghasilkan lagu berjudul Reformasi. Lagu yang dimuat naik di laman sosial Youtube itu didakwa telah mencetuskan kontroversi. Malah Yasin memberitahu dia menerima dua ugutan bunuh dari penonton yang menonton video tersebut.
Bagaimanapun setakat ini Yasin belum membuat laporan polis mengenai ancaman tersebut. Sebaliknya setelah berbincang dengan peguamnya, Yasin megambil keputusan, buat masa ini dia memohon kepada pengugut-pengugut berkenaan agar menghentikan perbuatan mereka tetapi sekiranya perkara itu berlarutan, dia akan membuat laporan polis.
–MalaysianDigest

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon