Penyanyi tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang, menggemparkan sidang akhbar majlis Sepetang Di Kuala Lumpur Bersama Hetty Koes Endang yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra), Kuala Lumpur semalam.
Dia bertindak untuk tidak mahu menghadirkan diri ke sidang akhbar tersebut.
Tindakan Hetty itu berpunca daripada salah faham dengan pihak penganjur iaitu Niqas Resorces.
Syarikat itu dikatakan gagal membayar wang pendahuluan sebanyak 50 peratus seperti yang dijanjikan sebelum dia membuat persembahan pada minggu setiausaha yang bakal berlangsung di PWTC pada 25 April ini.
Menurut Pengarah Niqas Resorces, Iman Aristone, pihaknya tidak dapat membayar wang pendahuluan kepada Hetty kerana mengalami masalah urusan pengeluaran wang pada hari itu.
"Ini adalah pertama kali syarikat saya mengadakan minggu setiausaha. Kami tiada pengalaman.
"Walau bagaimanapun, jumlah wang yang dimahukan Hetty itu sudah disediakan. Cuma ada masalah yang tidak dapat kami elakkan untuk membayar Hetty seperti yang telah dipersetujui.
"Disebabkan perkara itu, Hetty tidak mahu menghadirkan diri pada majlis sidang akhbar hari itu
"Maafkan saya kerana pihak media terpaksa menunggu lama dan akhirnya sidang akhbar ini terpaksa dibatalkan," jelasnya yang mengejutkan pihak media pada hari itu dan memaksa mereka menunggu hampir dua jam lamanya.
Begitu pun, atas campur tangan Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Maxson Abdullah H. Jaafar, akhirnya permasalahan Hetty itu berjaya diselesaikan dengan sidang akhbar tersebut.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Hetty.
Kosmo!: Boleh Hetty jelaskan apakah sebenarnya yang berlaku sehingga anda tidak mahu hadir ke sidang akhbar ini?
HETTY: Maaf kerana lambat. Dalam dunia seni perkara sebegini sudah biasa. Ada lagi perkara besar yang pernah berlaku kepada saya selama 38 tahun saya berada dalam dunia nyanyian.
Apakah yang menyebabkan Hetty mengubah fikiran untuk hadir pada sidang akhbar ini dan seterusnya menjayakan minggu setiausaha pada 25 April ini?
Setiap permasalahan perlu ditangani dengan profesional. Jadi, saya bersikap profesional. Alhamdulillah ramai yang berada dengan (menyokong) saya tadi terutamanya, Datuk Ramli MS dan membantu menyelesaikan masalah ini.
Boleh ceritakan bagaimanakah persembahan yang bakal anda persembahkan pada majlis minggu setiausaha nanti?
Bakal ada kejutan yang akan saya lakukan pada persembahan saya nanti.
Apakah persediaan yang Hetty akan lakukan sebelum mengadakan persembahan nanti?
Saya sudah menyanyi selama 38 tahun. Kalau untuk latihan tidak perlu lagi. Menyanyi sudah seperti darah daging saya, kecuali jika saya bertanding atau menyanyi pada festival sudah tentu ia memerlukan latihan.
Berapa buah lagukah yang akan Hetty persembahkan nanti?
Terserah kepada penonton untuk saya menyanyi berapa buah lagu. Mungkin 12 buah lagu dan mungkin lebih lagi.
Apakah rahsia yang menyebabkan vokal Hetty masih hebat seperti dahulu?
Tiga benda penting yang harus dipraktikkan iaitu cukup rehat, tidak minum alkohol dan tidak merokok.
Jika tidak ada jemputan menyanyi apakah yang dilakukan oleh Hetty?
Rutin saya jika tidak menyanyi adalah memasak dan menjaga anak. Ketika di rumah saya bukan penyanyi bernama Hetty Koes Endang tetapi hanya suri rumah yang bernama Hetty Koes Madewy. Jika anak-anak berkaraoke, saya akan turut sama. Dua orang anak saya iaitu Ameer Mahmed dan Afifah Qamariah juga pandai menyanyi.
Adakah Hetty mahukan anak-anak turut menjadi penyanyi?
Afifah sememangnya mempunyai guru vokal dan dia pernah turut menyanyi pada Festival Java Jazz.
-Kosmo

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon