Ada Pengarah Mahu 'Tubuh' Jika Mahu Watak Utama - Adrea

Seringkali berlaku situasi di mana seseorang pelakon wanita itu harus menyerahkan tubuhnya terlebih dulu sebelum diberi sebarang peranan dalam filem yang bakal diarahkan seseorang pengarah itu.


Perkara ini tidak hanya berlaku di Hollywood saja sebaliknya turut berlaku di Malaysia di mana banyak aktress kita sebelum ini yang sudah terkena dengan situasi sebegini.

Situasi ini turut terpalit sama kepada pelakon Adrea Abdullah, 36, yang mendedahkan kepada MalaysianDigest, sebelum ini terdapat seorang pengarah yang menawarkan watak utama kepadanya tetapi dengan syarat dirinya harus ‘melayani’ pengarah itu terlebih dulu.

“Macam-macam yang sudah saya lalui sepanjang bergelar artis. Saya juga pernah disabotaj oleh pihak yang dengki dengan saya. Contohnya, dah sah saya dapat satu watak ini, alih-alih bila tiba hari penggambaran, pihak tersebut tiba-tiba gantikan dengan pelakon lain. Pernah juga satu ketika seorang pengarah menawarkan saya satu watak, tetapi dengan syarat saya harus beri tubuh saya pada dia.

“Tapi saya bukan jenis yang senang-senang boleh dipengaruhi. Pernah juga satu ketika ada pelakon lelaki yang cuba ambil kesempatan terhadap saya. Kalau sewaktu ‘camera on’, saya okay lagi kalau dia nak peluk saya sebab ada dalam skrip. Tapi kalau pengarah dah cut, diluar set, dia cuba nak peluk saya, ikutkan hati masa tu juga saya nak tangankan dia”, katanya yang bagaimanapun enggan mendedahkan nama pihak yang berperangai tidak senonoh itu.

Hmm, macam-macam dugaan yang perlu ditempuh oleh Adrea untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang ini.

Semoga ditetapkan hati ibu tunggal ini dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang untuk terus melebarkan bakatnya dalam bidang yang diminatinya itu.

Dalam perkembangan lain, Adrea bakal muncul dalam drama bersiri terbitan KRU Studios yang berjudul Maskara di samping pelakon jelita, Nasha Aziz, Lisa Surihani dan Anzalna Nasir.

-Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon