PENYANYI Elizabeth Tan mengakui single terbaharunya, Police Entry yang dilancarkan semalam, ditujukan buat bekas kekasihnya yang disifatkan sebagai seorang penipu.
Kata Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizy, jalan cerita lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu dilihat mempunyai kaitan dengan pengalaman cintanya dengan seorang pemuda Melayu sebelum ini.
“Lagu ini walaupun bukan saya yang hasilkan tetapi memang ada kaitan dengan bekas teman lelaki saya sebab dia seorang penipu!
“Kalau dia nak terasa, biarkan. Kerana dia tahu apa yang telah dia lakukan terhadap saya sebelum ini,” katanya sebagaimana dilaporkan portal Mstar.
Bagaimanapun, penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Knock Knock ini memberitahu, dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap apa yang berlaku itu, sebaliknya bahagia dengan kehidupannya kini.
Menjadikan ia sebagai satu pengajaran yang berguna dalam kehidupannya, Lizzy kini lebih berhati-hati dalam pergaulannya.
Dalam pada itu, Police Entry yang mempunyai melodi cukup catchy ini turut menampilkan Lizzy sebagai pengarah muzik video lagu ini.
“Saya gembira dengan peluang yang diberikan ini, apatah lagi dapat belajar banyak benda menerusi pembikinan muzik video ini.
“Mungkin lepas ini saya akan dapat buat yang lebih baik lagi,” ujarnya. -sinar online
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon