PELAKON terkenal Indonesia, Baim Wong telah melamar kekasih yang baru tiga bulan dikenalinya, Paula Verhoeven.
Istimewanya, momen lamaran yang dikongsi Baim di akaun Instagram miliknya turut mendapat kerjasama daripada syarikat pelancongan e-dagang, booking.com.
Menurut Baim, 37, dia sengaja melamar Paula saat wanita itu sedang bercuti di Bali, Ahad lalu.
Bukan itu sahaja, Baim sanggup memakai kostum anak patung demi memberi kejutan kepada wanita yang dicintainya itu.
"Ada wanita suka dilamar begitu, diberi cincin, seperti babak dalam drama.
"Jadi saya pasti Paula juga sukakan momen sama, tapi untuk beri kelainan, saya tempah boneka mampang (kostum anak patung) dari Jakarta.
"Apabila tiba di Pantai Pandawa saya pakai sebelum datang kepadanya dan beri dia cincin," ujarnya dalam satu temu bual bersama detikhot.com.
Difahamkan keluarga Baim akan merisik Paula pada 21 Julai ini dan majlis akad nikah dijangka berlangsung pada Ogos depan. -sinar online
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon