PELAKON Katie Holmes menafi khabar angin bahawa hubungannya dengan Jamie Foxx sudah berakhir.
Pelakon itu menerusi satu kenyataan media menegaskan berita itu tidak benar sama sekali.
"Berita yang di laporkan oleh Radar Online adalah tidak benar seratus peratus," ujar jurucakapnya Leslie Sloane ditemuramah majalah People.
Dia juga memberitahu hubungan pasangan tersebut masih kekal dan berada dalam keadaan baik.
Kenyataan yang diberikan jurucakapnya merupakan kenyataan pertama Katie berkaitan hubungan yang menjadi tanda tanya itu.
Pasangan ini dilaporkan mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2013.
Namun mereka mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan kepada umum. -mstar
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon