Johnny Depp Bertunang Dengan Amber Heard

Pelakon yang terkenal dengan watak Captain Jack Sparrow menerusi francais filem Pirates of the Caribbean, Johnny Depp dilaporkan sudah bertunang dengan kekasihnya yang merupakan pelakon dan model terkenal, Amber Heard, baru-baru ini.


Menurut People.com, pasangan itu sangat gembira dan teruja dengan pertunangan tersebut malah Amber juga gemar meluangkan masa bersama-sama dengan kedua-dua anak Depp.

Johnny, 50, mempunyai dua cahaya mata hasil hubungannya dengan pelakon dan penyanyi kelahiran Perancis, Vanessa Paradis iaitu Lily Rose, 14, dan Jack, 12.

Hubungan 14 tahun tanpa ikatan mereka terputus selepas Johnny dikatakan mula rapat dengan Amber ketika menjayakan filem The Rum Diary yang telah ditayangkan pada 2012.

Saat bahagia Johnny dan Vanessa

Sementara itu, memberi reaksi berhubung berita pertunangan Depp itu, Vanessa, 40, melahirkan rasa tidak percayanya bahawa aktor itu mengambil keputusan untuk bertunang kerana sepanjang pengetahuannya, Johnny tidak pernah percaya kepada institusi perkahwinan.

Malah, Vanessa mendakwa Amber, 27, sengaja memperalatkan Johnny bagi kepentingan dirinya sendiri untuk mengecap populariti di Hollywood.

-Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon