Taylor Swift Bantu Selena Gomez Cari Teman Lelaki

Penyanyi popular, Taylor Swift memujuk teman rapatnya, Selena Gomez untuk menjalinkan hubungan dengan penyanyi pop Amerika Syarikat, Austine Mahone.


Menurut portal hiburan TMZ yang memetik kenyataan sumber dalaman, Swift ingin menyatukan penyanyi itu kerana tidak mahu Gomez kembali ke pangkuan bintang Pop, Justin Bieber.

"Ia adalah idea Swift untuk menyatukan Mahone dan Gomez kerana dia merasakan penyanyi berusia 17 tahun itu adalah pilihan yang tepat untuk Gomez pada waktu ini," kata sumber itu.

"Swift akan terus mencuba kerana dia bimbang Gomez akan kembali ke pangkuan Bieber walaupun temannya itu sebelum ini bersumpah tidak akan menerima kembali bekas kekasihnya," jelas sumber itu lagi.

Sebelum ini Swift cuba menyatukan penyanyi Ed Sheeran dengan Gomez, namun bekas kekasih Bieber itu hanya menganggapnya sebagai kawan. -Agensi

-Kosmo

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon