Mampukah The Lone Ranger Julang Johnny Deep Sekali Lagi?

Setelah memperoleh kutipan sebanyak RM10.8 bilion (AS$3.6 bilion) menerusi filem lanun – Pirates of the Caribbean, penerbit Jerry Bruckheimer dan studio produksi Disney yakin terhadap kekuatan Johnny Deep dalam mempengaruhi minat penonton untuk karya terbaharunya.

Johnny Deep bergambar pada 
karakternya dalam 'The Lone Ranger'.

Kali ini pelakon itu akan menggalas tugas sebagai pejuang bertopeng dalam The Lone Ranger, sebuah filem aksi pertaruhan ini.

Karya itu adalah satu diilhamkan dari sebuah siri radio pada tahun 1933 sebelum bertukar menjadi satu siri televisyen popular di Amerika Syarikat pada tahun 1949-1957, sebuah adaptasi mitos.

Deep yang memegang watak lanun Kapten Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean menegaskan teruja mengambil cabaran berkenaan terutama sekali watak Tonto selepas melihat gambaran pada ilustrasi dengan gagak bersayap sebagai topi.

Dengan bajet kira-kira RM600 juta (AS$200 juta), filem ini menceritakan bagaimana seorang peguam bernama John Reid bertukar karakter dengan memakai topeng hitam serta bertopi koboi putih untuk menjadi seorang wira.

“Ramai yang membesar dengan siri itu dan saya percaya The Lone Ranger dapat menunjukkan kepada semua pihak yang kita menghargai nostalgia itu,” kata Bruckheimer.

Selain Deep, filem ini turut dibintangi Armie Hammer, Tom Wilkinson, William Ficthner dan Barry Pepper. -AFP

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon