Berbulan-bulan menyimpan rahsia status perhubungan dengan Ernesto Arguello, akhirnya aktres Eva Longoria membuat pengesahan bahawa dia kini sedang bercinta dengan usahawan itu.
Menurut laporan E!Online, Eva mengakui dia kini cukup bahagia bersama pasangan barunya tu sejak bercerai dengan pemain bola keranjang Tony Parker.
"Saya rasa hubungan kami sangat istimewa dan kami benar-benar rapat. Saya berterima kasih kepada semua orang yang mempersoalkan status perhubungan ini.
"Kerana persoalan itu juga saya yakin dia adalah lelaki yang terbaik buat saya," katanya.
Terdahulu, Eva dan Ernesto dikatakan sering keluar bersama, malah aktres itu telah pun berjumpa dengan ibu bapa lelaki tersebut selepas beberapa bulan perkenalan.
Difahamkan mereka sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga.
-mStar
Eva mengakui kini dia bahagia di samping Ernesto.

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon