Benjy Ditahan Polis Positif Syabu

Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.


Utusan Malaysia melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya,” katanya.

–mStar

Ibu Siti Sarah Raisuddin Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin iaitu Nur Aini Mohamad, 56, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini pada pukul 6.36 pagi Rabu.


Menurut Sarah, 30, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

“Arwah ibu dah mula sakit serius sejak Oktober tahun lalu dan sering kali keluar masuk hospital.

“Siapa tak sedih apabila ibu kita dah pergi. Saya hanya kena reda dengan ketentuan takdir,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu di sini.

Nur Aini yang juga isteri kepada pelakon Raisuddin Hamzah sebelum ini pernah bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum bersara akibat penyakit berkenaan.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Sungai Pusu, Gombak dekat sini selepas solat Zuhur.

–mStar

Nora Danish Dan Nadeem Hangat Bercinta?

Sekitar April lalu, timbul gosip pelakon Nora Danish bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi ekoran beliau dikatakan membeli barangan persiapan perkahwinan di Jakarta, Indonesia.


Dalam sebuah blog hiburan Nora mengakui memang dia ada membeli kain di sana tetapi bukan untuk persiapan perkahwinan sebaliknya sempena persiapan hari raya Aidilfitri, yang akan menjelang tidak lama lagi. Terbaru ada khabar pula mengatakan ibu anak satu ini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang anak Menteri.

Jejaka itu dikenali sebagai Nadeem. Betul ker Nora?

“Saya berkawan dengan ramai orang. Kawan-kawan saya ada yang dikalangan anak menteri, ada juga yang orang biasa. Cuma mungkin sebab dia anak menteri, jadi orang bercakap tentang itu.

“Saya dengan dia (Nadeem) hanya kawan. Cerita kami jalin hubungan istimewa, tak benar. Dan saya tak ada buat bisnes apa-apa pun bersama dia (gelak). Kami memang dah lama berkawan. Sebenarnya dah tujuh tahun saya kenal dia. Saya kenal dia sejak sebelum saya berkahwin dengan Jejai lagi”, jelas Nora Danish kepada Malaysian Digest.com.

Nora yang ditemui di majlis Seindah Ramadan TV3 bertempat di restoran AL-Rawsha, Kuala Lumpur petang semalam diminta mengulas mengenai gosip hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu.

Manakala mengenai gambarnya bersama jejaka tersebut yang dimuatkan di dalam instagramnya, Nora berkata, dia sudah bersedia dengan apa juga tanggapan dan spekulasi yang bakal timbul. Malah bintang filem Mencari Cinta ni telah menjangkakan gambar itu pasti akan jadi bahan bualan hangat ramai.

“Masa saya post gambar tu, saya memang awal-awal dah bersedia dah dengan apa yang orang akan kata. Biasa lah, pengikut-pengikut saya di Instagram, ramai yang memang pandai buat andaian”, ujarnya sambil tersenyum.

Dalam pada itu luah Nora, selama 10 tahun bergelar anak seni, membuatkan dia lali dengan gosip cinta yang sering menghimpit dirinya. Namun dia tidak mudah melatah sebaliknya menganggap itu adalah asam garam sebagai seorang selebriti. Beritahu Nora, dia sebenarnya sudah lama bersedia bercinta dan berkahwin semula.

“Masa mula-mula dalam industri dulu saya frust jugalah bila selalu timbul gosip saya bercinta degan orang itu, orang ini. Paling kelakar sekali, gosip saya dengan Noh Hujan. Timbul juga gosip dengan Zizan lah. Tapi saya anggap itu sebagai asam garam bergelar artis. Saya tahu peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Kerana itu saya tak mudah melatah.

“Sebenarnya saya dah lama bersedia bercinta dan nak berkahwin semula. Sesiapa saja lelaki yang berjaya menambat hati saya, saya terima. InsyaAllah, kalau ada jodoh dan bila saya nak berkahwin nanti, saya pasti akan beritahu pada semua”, katanya.


Sementara menyentuh pula tentang perkembangan seni, Nora bersama Adi Putra serta pengacara Fiza Sabjahan telah dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3. Istimewa, ketiga-tiga duta ini bersama ramai lagi artis popular tanah air akan mengembara ke dua lokasi iaitu di Johor Bahru dan Kuala Terengganu dan mereka akan memasak dan kemudian menjual juadah berbuka puasa.

“Nora akan sertai ‘Baazar Seindah Ramadan’ bersama ramai lagi artis. Kami akan memasak dan menjual juadah buka puasa. Kami akan ke Johor pada 13 Julai dan Terengganu pada 27 Julai. Hasil jualan juadah itu nanti kita akan salurkan ke rumah anak yatim terpilih”, katanya.

Nora, Adi Putra dan Fiza Sabjahan dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3.

Selain itu difahamkan Nora akan menghangatkan malam sampaikan ucapan raya pada malam menjelang 1 Syawal serta akan muncul menerusi telemovie khas Aidilfitri berjudul Ijab dan Qabul, bergandingan dengan hero yang tidak asing lagi, Adi Putra pada hari raya nanti.

–Malaysian Digest.

Yasmin Hani mohon maaf gambar tatu suami

"Jika ia satu kesilapan, saya mohon maaf dan saya juga belajar dari kesilapan. Saya harap tiada lagi pihak yang akan memperbesar-besarkan isu terbabit lagi," begitulah luahan pelakon dan pengacara, Yasmin Hani berhubung isu lukisan inai menyerupai tatu di lengan suaminya, Sha'arin Razali, baru-baru ini.


Pada 8 Jun lalu, Hani dan suaminya telah terbang ke Bali, Indonesia untuk bercuti bersama dan Hani juga ada memuat naik beberapa gambar sepanjang mereka di sana.

Namun, yang menjadi perhatiannya adalah dua keping gambar, sekeping gambar berdua yang memperlihatkan lengan suaminya seperti mempunyai tatu dan sekeping lagi gambar yang memperlihatkan Sha'arin seperti melukis tatu di lengan.

Menurut Hani, dia menjangkakan melukis inai di lengan sama seperti apabila wanita yang ingin berkahwin melukis inai di tangan dan kaki mereka. Bagaimanapun, dia tidak sangka perkara ini menjadi isu dan perhatian ramai pihak.

"Selepas isu ini keluar, saya ada juga mencari maklumat tentang hukum melukis inai di tubuh. Saya juga kurang pasti dengan perkara ini dan setiap teguran yang diberikan, saya terima dengan hati terbuka.

"Cuma saya agak kesal dengan teguran dengan kata-kata kesat. Bagi saya, kata-kata menggambarkan diri kita yang sebenar. Saya bukan tak solat dan tak tahu hukum hakam langsung.

"Lagipun lukisan itu telah pun hilang beberapa hari kemudian. Cukup-cukuplah bermain dengan isu ini. Ada banyak lagi isu besar yang perlu diberi perhatian," ujarnya kesal.

Tidak serik

Ditebak adakah dia serik lagi untuk berkongsi gambar peribadinya di laman sosial, Hani berkata, dia tak ambil peduli dengan kontroversi yang berlaku.

"Sejujurnya, walaupun emosi saya terganggu dalam keadaan saya hamil dengan perkara ini kerana rasa tertekan, tapi saya tetap akan berkongsi beberapa momen yang saya lalui di laman sosial.

"Saya tetap akan menjadi diri saya sendiri dan tidak akan cepat melatah dengan kritikan daripada pihak lain. Lagipun, ia tidak menjejaskan kehidupan saya langsung dan saya juga tak suka jejaskan kehidupan orang lain," jelasnya.

Perlahankan karier seni

Berkongsi perkembangan kariernya, Hani berkata, memandangkan usia kandungannya bakal mencecah usia lima bulan Selasa ini, dia sudah mula memperlahankan aktiviti seninya demi keselamatan.

Ujarnya, dia masih menerima undangan majlis dan menjadi pengacara majlis, tetapi sudah mula menolak tawaran berlakon.

"Ada antara tawaran memerlukan saya menjayakan watak aksi. Jadi, saya terpaksa tolak dan memandangkan perut juga sudah semakin kelihatan, jadi tiada watak sesuai buat saya," katanya.

Menurut Hani, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk ataupun mengidam makanan pelik-pelik.

"Alhamdulillah, pengalaman pertama kali hamil ini memang terasa mudah, saya tidak alami alahan yang teruk, mengidam bukan-bukan.

"Saya juga boleh buat kerja seperti biasa. Cuma, keadaan jerebu sekarang membuatkan saya kurang sihat sedikit," katanya.

-SH

Hubungan cinta Hanez Suraya dan Awi Rafael dilanda masalah?

Alasan tidak mahu peminat kecewa menjadi faktor mengapa Hanez Suraya tidak mendedahkan kepada umum selama ini hubungannya dengan penyanyi, Awi Rafael dilanda masalah.


Bagaimanapun selepas Awi terus mendiamkan diri, Hanez mungkin berasakan situasi ini tidak adil buatnya dan terpaksa akur hubungan mereka tidak mungkin berjaya buat masa ini.

Antara yang dipetik Hanez adalah cita-cita tinggi Awi dalam karier yang turut mempengaruhi situasi tersebut.

Begitu pun, dia menyatakan tiada permusuhan antara mereka dan dia akan menjadi orang paling gembira jika Awi kian berjaya selepas ini.

-Mynewshub

Nora Danish Bersuamikan Seorang Ustaz?

Tentu ramai peminat pelakon jelita bersuara comel ini yang tidak sabar menantikan pengumumannya tentang siapakah jejaka yang akhirnya berjaya mencuri hatinya.

Sebahagian peminat yang tidak melepaskan peluang untuk 
bersama-sama di atas pentas bersama Nora Danish.

Namun dia hanya berselamba memberitahu, 'Suami Aku Ustaz' dan hanya akan menemui para peminatnya tahun depan.

Kejutan tersebut didedahkannya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran krim mandian ulung Fruitale FairWhite UV serta Pencarian Gadis Transformasi Bintang Fruitale di sini, semalam.

Rupanya itulah hasil buah tangan terbaru Nora Danish Mohd Hanif, pelakon yang berasal dari Terengganu ini yang disifatkan sebagai hadiah kepada para peminat yang setia menanti setiap perkembangan dirinya.

"Filem ini diadaptasi dari novel dengan judul serupa dan sekali lagi menggandingkan saya dengan Adi Putra selepas filem ‘Aku Terima Nikahnya’ berjaya menambat hati peminat,” katanya.

Menurutnya, penggambaran untuk filem ini dijalankan sepenuhnya di beberapa lokasi di Melaka.

Filem 'Suami Aku Ustaz' mengisahkan mengenai seorang remaja berusia 17 tahun yang dipaksa berkahwin dengan seorang ustaz, lakonan Adi Putra.

Sambil melabelkan filem itu sebagai sebuah filem romantik komedi, Nora Danish berkata, cabaran paling besar adalah menghayati watak seorang remaja yang masih menuntut di tingkatan lima.

“Untuk benar-benar menghidupkan watak berkenaan, saya terpaksa berperangai dan bertingkah laku seperti seorang remaja.

“Selain menjadi remaja, watak ini juga seorang yang kasar. Ada adegan di mana saya perlu pandu bot sendirian di tengah laut, sesuatu yang tidak pernah saya terfikirkan,” katanya.

Walaupun telah selesai penggambaran untuk filem ‘Suami Aku Ustaz’, jadual Nora Danish masih ketat dengan penggambaran Teleraya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama RTM dan Astro.

Selain itu, katanya, dia akan turut menjalani penggambaran filem terbaru yang diterbitkan Metrowealth (MIG) sebagai watak utama.

Bagaimanapun, ketika mengimbau kembali pembabitannya dalam bidang lakonan, Nora Danish berkata, dia ingin ditawarkan peluang membawa watak yang lebih mencabar.

“Selama ini saya banyak membawa watak wanita malang yang sudah jatuh ditimpa tangga. Saya ingin membawa watak yang lebih mencabar,” katanya.

Mengenai pelantikannya sebagai duta produk Fruitale, Nora Danish berkata, dia berbesar hati dilamar sebagai duta produk berkenaan.

“Memandangkan saya sendiri menggunakan produk ini dan tahu keberkesanannya, saya tidak ragu-ragu untuk menjadi jurucakap produk,” katanya.

-SH

Yuna rebah dipangkuan jejaka Inggeris

Setelah hubungan cintanya bersama pelakon, Qi Razali kecundang di tengah jalan, penyanyi terkenal, Yuna, lebih selesa untuk tidak membincangkan soal hubungannya dengan mana-mana lelaki. Malah, mengambil pengajaran di atas kegagalan cinta lalu, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai, mengakui serik untuk berbicara soal cinta secara terbuka.


Namun, lumrah kehidupan selebriti, setiap langkah dan pergerakannya sering menjadi perhatian masyarakat dan peminat. Dalam kesibukannya menguruskan kerjaya seni di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Yuna dikatakan sedang hangat bercinta dengan jurufoto berbangsa Inggeris, Julian Schratter.

Hubungan mesra itu mula dihidu setelah Yuna memuat naik beberapa gambar mesranya bersama Schratter di laman sosial, Instagram. Malah, menerusi muzik video terbarunya yang merupakan single pertama sejak bernaung di bawah syarikat rakaman, The Verve Music Group, I Wanna Go, Yuna turut menampilkan Schratter sebagai watak dalam video tersebut.

Enggan membiarkan peminat dan masyarakat terus membuat spekulasi liar, Yuna tampil memberitahu hubungannya bersama Schratter masih di peringkat awal.

"Kami selesa berkawan dan kini sedang mengenali hati budi masing-masing secara lebih dekat. Namun saya kurang selesa berbicara mengenai kisah peribadi dan tidak mahu bercerita dengan lebih panjang mengenai hubungan kami.

"Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu. Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini dan saya telah menerima pengajaran dalam hubungan lalu," jelas Yuna melalui Skype ketika sidang media eksklusif Konsert Yuna, semalam.

Konsert sulung di IB

Bercerita mengenai persembahan sulungnya di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) yang bakal berlangsung pada 6 hingga 8 September depan, Yuna turut meluahkan rasa teruja untuk menjayakan persembahan itu. Malah, Yuna menyifatkan persembahan tersebut adalah satu daripada impiannya untuk beraksi di pentas bertaraf antarabangsa itu.

"Ia seperti mimpi jadi kenyataan. Jika sebelum ini saya hanya berpeluang menyaksikan konsert di atas pentas itu, namun kini giliran saya pula. Saya berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana memberi peluang kepada pemuzik muda seperti saya untuk beraksi.

"Bukan senang nak dapat peluang seperti ini, apatah lagi saya kini sibuk dengan kerjaya di luar negara," katanya.

Konsert yang akan berlangsung selama dua jam itu bakal diiringi orkestra dan turut mengundang beberapa artis tempatan untuk berduet termasuk penyanyi hebat, Aizat Amdan.

"Walaupun belum mendapat kepastian lagi, namun Aizat menjadi pilihan kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Mungkin dua atau tiga penyanyi akan dijemput namun semuanya masih dalam perancangan," kata Yuna yang memiliki tujuh tahun pengalaman dalam bidang muzik.

Lancar album baru

Bertanya mengenai perkembangan terkininya, Yuna memberitahu, dia kini sedang giat menyiapkan album keduanya di luar negara. Katanya, album tersebut akan memuatkan 12 lagu Inggeris menggunakan konsep instrumen tradisional seperti kompang.

"Menariknya, ada satu lagu yang mengetengahkan unsur dikir barat walaupun tidak secara keseluruhan tetapi ia sangat unik bagi saya. Dalam album ini, saya ingin memperkenalkan muzik tradisional Malaysia ke luar negara.

"Saya juga berpuas hati dengan lagu baru, Lelaki... yang mendapat sambutan hangat dan sering diputarkan di stesen radio tempatan. Walaupun saya jauh, namun saya gembira dan terharu dengan sokongan peminat tempatan," katanya.

-SH

Farid Kamil Bengang Sikap Ibu Mentua?

Sebenarnya sukar untuk ditelah apa yang sedang bermain di fikiran Farid Kamil waktu ini. Beberapa minit lepas, Farid telah menulis di Twitter mengenai ibu mertuanya yang disifatkannya ‘lain dari mertua yang lain’.


Dan pastinya tweets Farid itu menimbulkan beberapa tanda tanya. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu jiwa Farid sehingga beliau menulis tweets sedemikian?

Bagaimana pun, pada pendapat kami, dalam keadaan Diana Danielle yang dikhabarkan sarat mengandung, mungkin Farid patut menyimpan dulu pendapat peribadinya tanpa dikongsikan pada orang ramai.


Ahad lepas Farid telah memuat naik gambar bayi ke instagram dengan kapsyen ‘my boy’ sehingga menimbulkan spekulasi yang bayi itu adalah anaknya yang dikatakan telah lahir, sedangkan bayi itu sebenarnya anak kepada adik Farid yang baru bersalin.

Nasihat kami, dalam keadaan begini, jauhi dari media sosial.

Apa pendapat anda?

–Beautiful Nara