Isteri kepada vokalis kumpulan Wings, Awie iaitu Rozana Misbun membuat satu laporan polis di Butterworth, Pulau Pinang berhubung sijil pernikahan mereka yang didakwa palsu.
Adik kepada pelakon Haliza Misbun itu hadir bersama-sama peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif terlebih dahulu hadir ke Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada petang Selasa lalu untuk membuat aduan.
Mereka kemudiannya diminta untuk membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.
Nor Azmi berkata, mereka berdua hadir untuk melakukan aduan dan semakan berkenaan pengesahan sijil perakuan nikah antara Rozana, 36, dan Awie, 46, yang disyaki palsu.
Tambah beliau, pihaknya hadir ke Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP untuk membuat aduan dan semakan selepas sijil perakuan nikah yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam sebelum ini didapati tidak didaftarkan.
Pihaknya menerima surat dari Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAIPP pada awal Julai lalu mengesahkan tentang surat perakuan tersebut tidak didaftarkan.
Sumber: Mynewshub.cc

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon