Pelakon jelita, Sharifah Sakinah berkata dia tidak memuat naik gambar-gambar yang mempamerkan bentuk tubuhnya kerana mahukan publisiti, tetapi dia hanya mahu menjadi dirinya sendiri.
"Sebagai seorang Islam, saya masih tahu tentang hukum agama. Saya turut sedar mengenai larangan mendedahkan aurat. Tetapi saya hanya menjadi diri saya.
"Saya tidak memuat naik gambar-gambar tersebut kerana mahukan publisiti. Saya langsung tidak meletakkan sebarang kapsyen provokasi pada setiap gambar," ujarnya kepada Kosmo!
Bagi pelakon berusia 25 tahun itu,jika benda yang dilakukan itu dipandang positif, maka tiada sebarang tanggapan buruk akan dikeluarkan.
Tambah Sharifah lagi, kontroversi telah melanda dirinya sebelum dia bergelar pelakon lagi apabila ketika itu dia dikenali sebagai adik kepada pelakon Sharifah Shahirah.
"Saya telah dilanda kontroversi sejak sebelum saya bergelar seorang pelakon lagi. Bayangkan, sebelum saya dikenali ramai, gambar-gambar saya bersosial bersama rakan-rakan telah tersebar di Internet dan orang telah bercakap mengenai saya. Jadi, apabila benda-benda seperti itu berlaku sekarang, saya hanya berdiam diri."
Dalam perkembangan lain, Sharifah berkata, dia baru sahaja tamat menjalani penggambaran telemovie berjudul "Tesis Terakhir" dan bakal muncul dengan sitkom baru berjudul "Yan Merempit".
Sumber: Tupai.com.my

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon